♥♥Just about what I have gone through every day... So it will remind me of my life path up until now... I want to express it with words... My small brain can’t afford to keep it all... The language may 'Campur2' because it’s my diary after all... who will cares anyway??? XD♥♥

♥♥Life not always happen like you have planned.. Everyday there will be surprises happening in your life.. Treasure it.. Appreciate it.. It may not always happen.. And maybe will not happen again..♥♥


Daisypath Friendship tickers

Thursday, January 31, 2013

Malam last

Okey, ni malam ialah malam terakhir drumah.. Semua ok.. Cuma harini ada spoil sikit.. Td pagi terbangun sebab termimpi ex.. 

" ko ada cuti balik, ko lepak sama kawan ko seja.. Ko xpeduli sy.."

What the? Mmg cr pasal, slack suda mood.. Pagi2 ckp mo p tgk kuburan nenek sy, xtepigi.. Tgh hari br bgn dr katil.. Lupa pula mention, semalam merada g xda line digi, sampai td tgh hari.. Tambah la hot.. Marisa sm c Kim bawa lepak.. On seja lah.. Trus masa on the way balik, tenampak lg kereta ex.. Ini lg menambah sakit hati ingat tu mimpi td pg.. Dei ba.. Pastu kena tipu lg.. Paling la xsuka kena tipu ni.. Bukan apa juga, klu sudah selalu kena tipu, semua pun jd samsi.. Xtau sudah apa mo pecaya.. Pandai la tu perasaan asyik ingat kena tipu seja.. Sudah la sy ni mmg suka fikir begitu, ko buat begitu lagila cr pasal.. Haishhhh..

P/S: harap2 bsuk pagi sempat p tgk kuburan nenek sy.. Xsenang hati pula xp tgk kuburan dia.. Mo juga cerita2 sikit, so mesti mo bgn awal.. Please lah.. :'(

Tuesday, January 29, 2013

First time

Haluuuu.. First time guna hp baru post entry dlm blog.. Chaitsss.. Lepas ni mmg semakin rajin la merapu-rapu dalam blog dan skill pergaulan dgn manusia smkn brkurangan.. Kenyataan ni.. Hahaha.. Tiada juga mo merapu, mo merepot dalam diari yg harini buat puzzle.. Satu malam siap tp yg bikin sakit hati, buli2 kurang 1 piece.. Ndatau mana la dia hilang tu.. Tp nda pa la, siap juga sudah.. Jgn mengamuk aaa.. Nnt tidak buli tdur.. Tambah tekanan.. Tiapa, kita tdur dulu.. Nnt siang jalan lg.. Start suda gatal tapak kaki.. Paham2 jak la maksud dia tuh.. Hahah

P/s: ada hp br xsmestinya lebih bagus, tp syukur la drpd asyik mengomplen kan? Skrg suda postpaid plan, sandi la bil tiap bulan.. Sila jgn guna melampau2.. Sekian good night..:)

Friday, January 25, 2013

santai


Semalam tidak membuat entri. Sebab? Tidak perlu dijelaskan. Hahahaha. Okay, apa aktiviti saya kemarin? Datang rajin p kasi besar tu parit. Tekanan saya nampak tu air nda mengalir, sakit tu mata. Terus petang sikit bakar sampah sama c Raymie. Semangat lagi dia pungut tu daun untuk bakar. Bagus kan adik saya? Rajin. Kakak dia seja yang malas terlalu ni. Masa bakar sampah tu tiba2 tepikir mo tanam pokok buah-buahan. Naaaa kan, tiba2 seja. Tapi susahla mo tanam ba teda pagar, macam kasi makan kerbau free seja. Kasian tu pokok. Hahahahha. Susah ba kalau suka duduk termenung, macam2 pikiran mo buat. Tapi tebuat ka nda tu nda tau la kan? Hahahah. Nampak tempat mandi, mo bikin bilik mandi (mana tahan hari2 mandi macam perempuan ayu terakhir, berkemban di bawah cahaya bulan) hahahahaha. Duduk2 di ayunan, tenampak tu puzzle sana dinding, nampak cantik terus mo bili lagi satu. Mo buat lagi, tapi saya rasa yang ini buli buat la. Hahahaha. Nanti la kalau turun kedai p cari lagi puzzle yg cantik2.. J

P/S: baru kena tegur, siapa tegur? Abaikan. Kalau mo turun Tuaran, saya nda cakap turun Tuaran, tapi saya cakap p kadai. Hahahahaha. Nama baru Tuaran, Kadai. Hahahaha. Suka2 seja saya tukar, arwah nenek saya la yang kasi biasa ni.


(siok juga pula beayun sini ayunan time tgh hari ni. Bekipas la sebab panas gia tgh hari. Hahahaha..ini la baju kontroversi, balik2 kena perli pakai ni baju..==)

Wednesday, January 23, 2013

Dua jam dalam hutan


Yeay! Harini masuk hutan lagi. Misi mencari rebung. Hahahaha. Bergerak jam 4.30pm dari rumah dan balik jam 6.30pm. Jalan-jalan di hutan sama Rahim, peta bergerak. Begini lah kalau lama tidak masuk hutan, perlu ada penunjuk jalan. Rebung? Okay, rasanya banyak orang tahu pasal rebung ni. Sabah, Sarawak dan semenanjung pun tahu pasal sayur rebung. Ini adalah ekspedisi mencari rebung yang mencabar. Hahahahha.

sesi  buka kulit rebung *xtau camana mo eksplen*

Rebung yang belum diambil.

Setelah bersusah payah, dapat sudah. ;)

Rahim gembira, dia berjaya. hahaha

Rahim membuka kulit rebung.

P/S: terlupa pula ambil gambar selepas rebung tu sudah kena buka kulit dia. Hahaha.. dan tidak lupa, perjalanan sangat mencabar okey? 2 kali seberang sungai, diharungi nyamuk dan juga miang rebung yang hebat. == dannnnnnn.. telah mendapat RM6 untul hasil jualan rebung harini.. tidak banyak namun duit xdatang bergulik ba.. rezeki ko la Rahim, buat belanja sekolah..

Tuesday, January 22, 2013

gerigitan

Okay, mari merapu. Hahah. Hari ni dapat SMS daripada CEO YSS pasal rencana yang disiarkan dalam Berita Harian pasal Misi Sukarelawan Ke Vietnam. Cerita yang pi Vietnam hari tu la. Apa yang paling bikin sakit hati, tiada kena siar di Berita Harian Edisi Sabah. Bias! :( Mo mengamuk ni. Tu satu hal. petang tadi pi bank, mo buat kad bank baru. Buli-buli dia offline?!!?? Argh. Tapi memang ktoh la, sepa suruh pi bank petang suda! =.=' Tejumpa junior tadi, c Alvin pastu tejumpa c Pet sama kawan dia. Apa ko rasa? Mentang-mentang la saya pakai baju sukarelawan siswa yang pi Vietnam tu, terasa macam kena perli pulak. Dem. dan padan muka, memburukkan lagi keadaan saya tercakap 'buduh'. Hahaha. Sorry, mulut mmg otomatik. then pi pasar beli sayur. balik rumah singgah kantin, kena tegur lagi tu baju. Biarla ba saya pakai baju tu, saya suka, cantik, dan paling utama, saya memang teda baju seda. grrrrr.

Sejam di Hutan

Hello! Malam ini masuk malam ketiga berada di rumah. Sangat tenang dan bunyi cengkerik, katak dan bermacam-macam binatang lagi kedengaran. Okay, macam formal sangat. Tapi tidak apa, saya memang skema. Hahahaha. Sebenarnya kelmarin petang saya telah masuk ke dalam hutan. Bukan lah pelik sangat tapi janggal sebab lama tidak masuk ke dalam hutan. *rumah dalam hutan, jadi memang tidak perlu lah masuk hutan lagi*

Selama sejam berada dalam hutan, saya hamper sesat. Berasa malu dengan diri sendiri, saya membesar dalam hutan dan hutan telah menjadi sebahagian daripada taman permainan dalam proses membesar tapi masih boleh sesat. =.=’  Hutan juga menjadi sumber kehidupan, tempat mencari nafkah dan tempat belajar erti berdikari. Saya ingin berkongsi sedikit apa yang saya temui dalam hutan dan menjadi sumber kepada nafkah saya semasa membesar.


“Mata Kerbau”

Ini merupakan salah satu cendawan yang saya selalu kutip dalam hutan sebagai sumber makanan dan juga sumber sara hidup. Nama sebenar tidak diketahui tapi arwah nenek memanggilnya Mata Kerbau, maka nama itu kekal tidak berubah dalam kamus hidup saya.




  “Purak Mato”
 Juga sejenis cendawan putih dan nama itu adalah terjemahan daripada bahasa Dusun yang bermaksud putih mata. Cendawan ini sangat lazim dan merupakan sumber utama pendapatan saya dahulu. 




“Korong”
 Cendawan yang agak lazim dan biasa dikeringkan untuk digoreng bersama sayur. Nama itu agak pelik dan ramai yang memanggilnya sebagai cendawan telinga. Tapi saya tetap menggunakan nama Korong kerana arwah nenek saya memanggilnya sedemikian.



Kulat Minyak
Okay, yang ini merupakan kesukaan saya. Sedap digoreng begitu sahaja dan memang agak berminyak. Juga merupakan kesukaan ramai orang kerana teksturnya yang agak lembut dan tidak liat.



p/s: saya membesar di hutan dan saya bangga kerana berpeluang mempelajari dan mengenal tumbuhan dalam hutan. Sebenarnya masih banyak sumber lain seperti Komburung, Kodop, rebung, paku pakis, Lemiding/Lombiding, Tongkat Langit dan sayur Molopo’o (juga dekanli sebagai paha-paha dalam kalangan orang Brunei). Nama agak pelik tapi tumbuhan ini lah telah memberikan saya kehidupan, untuk makanan dan sumber pendapatan. Saya agak merindui arwah nenek saya dan saya harap dia tenang dan ditempatkan bersama orang yang beriman. J

Saturday, January 19, 2013

Night stay

You can't see my face but its obvious my face is round. =="
I'm currently at PODs The Backpackers Home. Its very nice! Its my first time staying here and it was very satisfying. Its located near to KL Central and its very easy to reach here. I definitely will come again for my next time 'impulse travel'. For more information, you can go directly to the website (http://podsbackpacker.com). I'm not good in explaining but you will enjoy your stay here. Definitely. ;)

p/s: Its really convenient for a person that doesn't like planning ahead, like me. My father always tell me to plan ahead but I sincerely say that its fun to have unplanned trip. Well, it will cost you quite a lot compared to planned trip but unplanned trips always get me excited. The uncertainty, the wondering without anyway to go, and the feeling that you will meet something that you never thought you will come across. People call me crazy, but this is fun! Hahaha. Maybe that's why I have problem in deciding what I really want. :P

...

Semenjak balik dari Vietnam, merasakan perubahan emosi semakin hebat. Emosi memang selalu berubah, tetapi perubahan semakin ketara selepas melihat senario di Vietnam. Bukan mengatakan suasana disana tidak elok, cuma jiwa menjadi tidak menentu. Sesi refleksi suasana masih berlaku. Jiwa tidak kuat untuk menghadapi perubahan secara mendadak. *sangat ironi kerana diri selalu bertindak secara mendadak* 

Merasa keliru. Keliru dengan perubahan diri. Perubahan emosi secara tepatnya. Kadang hati tertanya, "apa sebenarnya yang kau inginkan". Soalan hanya dijawab dengan kebisuan. Luaran dan dalaman. 

Monday, January 14, 2013

Sumbat

*terasa ingin menulis kerana melihat rakan yang gigih membuat cerpen pendek yang bertajuk 'Sumbat'. ikut pertandingan katanya. "macam menarik saja tajuk ni, apa kata saya pun buat cerpen pendek?" - monolog dalaman. rules? tidak boleh melebihi 100 patah perkataan. okey, ini sangat pendek. mari berusaha.*

1.
Toleh kiri, toleh kanan. baju? check. seluar? check. pakaian dalam? rasanya dah cukup. Pergi seminggu je, tak payah nak bawak banyak sangatlah. Nak lari dari rumah ke? eh? baju tu perlu bawak kot. *letak* seluar ni perlu rasanya. *letak* hurm. losyen, perfume, makeup, krim muka, toner, putik kapas.. kasut tu kena bawak, selipar ni mesti ada. bantal busuk, eye mask, sweater. dah habis sumbat ni, apa lagi yang tak ada eh? hurm..

2. 
Dua minggu sebelum exam, "kelas baru habis kot, ni nak kalut study ape kes?". Minggu ulangkaji, "jom g jalan, release tension". 4 hari sebelum exam, "okay, jom kita start study. tapi sebelum tu jom layan movie dulu". "fokus! study! " selepas 15minit, "ngantuk aarr, tido jap" 2hari sebelum exam, "apa dia tulis ni? tak paham la. apasal la komplikated sangat ni??" Sehari sebelum exam, update status Facebook, "berusaha sedaya upaya menyumbat segala nota kedalam otak." Hari peperiksaan, "semoga apa yang berjaya disumbat mampu dimuntahkan hari ini." Selepas peperiksaan, anda tahu bagaimana kesudahannya.

3.
Hidung tersumbat. Selera mati, lidah rasa tawar, tekak rasa payau. Perut lapar tapi tiada selera, sakit hati. Dalam hati memaki hamun. Gagahkan diri untuk makan walau tiada rasa dan tiada selera. Hidung sembuh. Masa untuk balas dendam, sumbat mulut dengan segala macam makanan. Terdampar kekenyangan dan sakit perut. Ini semua salah hidung sumbat haritu. Naik sekilo, perut sakit dan perlu 'Eno'. Sekarang!

Friday, January 11, 2013

Tiba-tiba

Pada petang yang damai.. Aku duduk melihat ke luar tingkap... Tiba-tiba suatu perkara terlintas di fikiran..

Monolog dalaman:

"Ada bagusnya juga jadi Chubby ni.. Ko pikir balik aaa.. Kalau ko kurus, sudah la muka ko bulat kepala ko besar.. punya la pelik tu badan kurus, kepala besar.. hahahaha.."

Senyum sendiri, mengutuk diri. kembali bermonolog.

"tgk yang baru-baru ni ko p Vietnam.. nasib baik ko chubby, kalau tidak mesti diorang 100% percaya kalau ko cakap ko org Vietnam, walaupun ko xpandai cakap Vietnam.. Orang Vietnam pun ingat ko org tempatan tgk muka ko.. dan oleh kerana kau Chubby, drg terus ragu-ragu.. yalah, kebanyakkan orang Vietnam ni kurus, slim, cantik *eh..* hahaha.. "

senario senyum sendiri di petang hari. perlu kembali ke alam nyata. 

Sekian.

P/S: ulangkaji belum selesai, termenung memandang kosong dan mendapat idea untuk meluahkan 'randomness' pada petang hari. boleh la kalau mo mengadu dalam diari, kalau kongsi dengan orang, nanti kena cakap perasan, tidak tahu malu, dan sebagainya. cuma terlintas ja pun. peh..

Tuesday, January 8, 2013

Drama? Movie? Life?

Today, basically just enjoying my day doing nothing. As if I already done my revision right? Okay, lets put that aside. Just want to share some thought today. 

Just now when I went to cafe for lunch (my lunch time today is almost 4pm) , I watched Malay drama series titled "Debunga Lalang". (so what if I watch this kind of drama?) Watch it for the first time, and I realized that Malaysian drama plays a lot of sentimental value. So? Malaysian are trained to value the sentimental feelings, I think. Our feelings are manipulated by the media, to make it balance, it is more crucial to strengthen our mind. Its not bad thing that we value sentimental feeling but when we are not strong to face the facts/reality, this can be very damaging to personality and development. Who am I to tell this? No one, I am just me. I just want to say that, face the reality. Hurt by reality is better than hurt by those fictions or fantasy etc. *Okay, I mumbled*

And when I reached my room, I listen to a song titled "Idola" by Azlan and The Typewriters. It was Hoore! Hoore! movie soundtrack. After some effort to ask uncle Goo, I watch it online. Nice movie, questioning some situation and perception that occur in Malaysia. I can't really explain it but for me, its really motivating. Plus, it used concept like musical movie. Well, don't compare so much with other movie, just enjoy it. :)

P/S: I just can't rest my mind if I didn't write this out. It keeps playing in mind. Media Plan still doesn't ring any bell to my mind. Warning is not yet arised. *statement memang pemalas gila!*

Misi Sukarelawan Yayasan Sukarelawan Siswa - Vietnam 2012


Pihak Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) telah menghantar 6 orang pelajar dalam Misi Sukarelawan Yayasan Sukarelawan Siswa - Vietnam 2012 pada 8 Disember 2012 sehingga 22 Disember 2012. 6 orang pelajar yang telah dihantar adalah:
  1. Adibah Farliyana Binti Aminordin    - Universiti Malaya
  2. Abdul Na’em Suhaime                       -Universiti Malaysia Pahang
  3. Iqbal Ismat Bin Nordin                     - Universiti Putra Malaysia
  4. Wong Kin Lun                                   - Universiti Kebangsaan Malaysia
  5. Mohd Syafiq Bin Mohd Khairuddin Universiti Malaysia Terengganu
  6. Esther Yong Hie Ping                        - Universiti Sains Malaysia.


" A picture is worth a thousand words "

(maka, gambar yang telah digabungkan menjadi satu membawa lebih banyak makna. ;) )


Makan Malam pada malam sebelum berangkat ke Vietnam.
Hari pertama - Tiba di Vietnam

Hari Kedua - Melawat kawasan sekitar dan tapak sejarah

Hari Ketiga - Kesekolah dan Futsal

Hari Keempat - Sekolah menengah dan Jawatankuasa Kawasan Vinh Loc B datang melawat

Hari Kelima - Sekolah menengah, rendah dan perbincangan dengan belia

Hari Keenam - Hari terakhir di sekolah menengah dan Majlis Perpisahan 

Hari Ketujuh - Mengecat rumah Mother Heroes dan Majlis bersama Penguatkuasa Kawasan Vinh Loc B

Hari Kelapan - Education Malaysia, Independent Palace, Ben Tanh Market, Rumah Miss Duong dan perjumpaan bersama Kelab Kemahiran

Hari Kesembilan - Makan tengah hari bersama Heroes Mother, melawat tempat pembuatan colok, memancing, tadika, dan pertandingan memasak.

Hari Kesepuluh - Lawatan ke Cu Chi Tunnel, menembak, dan Paint Ball.

Hari Kesebelas - Sekolah rendah

Hari Keduabelas - Sekolah rendah dan tadika

Hari Ketigabelas - Malam Pertukaran Budaya dan Majlis Perpisahan

Hari Keempatbelas - Pembentangan aktiviti kepada Majlis Belia Ho Chi Minh

Tiba di KLIA dan bergambar bersama sijil penghargaan.

Terima kasih YSS, USM, Ho Chi Minh Youth Communion, Vinh Loc B Commune, Sukarelawan Malaysia dan Vietnam (Tran Nguyen Vu *Little Fish*, Vo Thi Thu Hang *Apple*, Nguyen Than Chinh *Chinh*, dan Phan Thi Ngoc Van *Lemon*) serta pihak dan individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam Misi Sukarelawan ini. Terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang banyak membantu dan memberi sokongan. Kepada En Jaya, Mentor UA, terima kasih atas tunjuk ajar, peluang, nasihat dan teguran yang diberikan..............................................



P/S: Pengunaan bahasa yang agak formal disitu dan mula berasa kekok. = =' . Hilang fokus. Masih tidak mampu untuk kekal formal. " Maaf semua, saya tidak pandai berbahasa untuk menzahirkan perasaan terima kasih. Namun yang pasti, saya berasa sangat gembira kerana dapat ikut serta dalam misi ini dan melihat keadaan, cara hidup, pemikiran dan komunikasi yang berbeza daripada norma Malaysia. 


2013

Selamat Tahun Baru 2013! :)

Tahun baru, bukan baru sebenarnya, sudah masuk seminggu. Melihat kembali semua yang terjadi pada tahun 2012, banyak perkara yang berlaku dan pengajaran.

"Jika kita meminta dengan hati yang telus, fokus dan berusaha,
 pasti ada jalan ke arah yang ingin dicapai"

Tahun 2012 - Hidup yang penuh warna-warni

Tahun 2012, menyaksikan rambut yang pendek sehingga panjang. Tahun 2012, pelbagai aktiviti dan perkara yang dipelajari. Agak sibuk namun memuaskan. Hidup warna-warni, seperti yang diinginkan.

P/S: Catatan semasa di Vietnam hanya seminggu. Minggu kedua, lagi banyak perkara yang berlaku dan semestinya menarik cuma tidak larat untuk mengarang dan kongsikan dalam diari. Akan memuat naik gambar semasa di Vietnam sebentar lagi. ;)