♥♥Just about what I have gone through every day... So it will remind me of my life path up until now... I want to express it with words... My small brain can’t afford to keep it all... The language may 'Campur2' because it’s my diary after all... who will cares anyway??? XD♥♥

♥♥Life not always happen like you have planned.. Everyday there will be surprises happening in your life.. Treasure it.. Appreciate it.. It may not always happen.. And maybe will not happen again..♥♥


Daisypath Friendship tickers

Monday, January 14, 2013

Sumbat

*terasa ingin menulis kerana melihat rakan yang gigih membuat cerpen pendek yang bertajuk 'Sumbat'. ikut pertandingan katanya. "macam menarik saja tajuk ni, apa kata saya pun buat cerpen pendek?" - monolog dalaman. rules? tidak boleh melebihi 100 patah perkataan. okey, ini sangat pendek. mari berusaha.*

1.
Toleh kiri, toleh kanan. baju? check. seluar? check. pakaian dalam? rasanya dah cukup. Pergi seminggu je, tak payah nak bawak banyak sangatlah. Nak lari dari rumah ke? eh? baju tu perlu bawak kot. *letak* seluar ni perlu rasanya. *letak* hurm. losyen, perfume, makeup, krim muka, toner, putik kapas.. kasut tu kena bawak, selipar ni mesti ada. bantal busuk, eye mask, sweater. dah habis sumbat ni, apa lagi yang tak ada eh? hurm..

2. 
Dua minggu sebelum exam, "kelas baru habis kot, ni nak kalut study ape kes?". Minggu ulangkaji, "jom g jalan, release tension". 4 hari sebelum exam, "okay, jom kita start study. tapi sebelum tu jom layan movie dulu". "fokus! study! " selepas 15minit, "ngantuk aarr, tido jap" 2hari sebelum exam, "apa dia tulis ni? tak paham la. apasal la komplikated sangat ni??" Sehari sebelum exam, update status Facebook, "berusaha sedaya upaya menyumbat segala nota kedalam otak." Hari peperiksaan, "semoga apa yang berjaya disumbat mampu dimuntahkan hari ini." Selepas peperiksaan, anda tahu bagaimana kesudahannya.

3.
Hidung tersumbat. Selera mati, lidah rasa tawar, tekak rasa payau. Perut lapar tapi tiada selera, sakit hati. Dalam hati memaki hamun. Gagahkan diri untuk makan walau tiada rasa dan tiada selera. Hidung sembuh. Masa untuk balas dendam, sumbat mulut dengan segala macam makanan. Terdampar kekenyangan dan sakit perut. Ini semua salah hidung sumbat haritu. Naik sekilo, perut sakit dan perlu 'Eno'. Sekarang!

No comments:

Post a Comment