♥♥Just about what I have gone through every day... So it will remind me of my life path up until now... I want to express it with words... My small brain can’t afford to keep it all... The language may 'Campur2' because it’s my diary after all... who will cares anyway??? XD♥♥

♥♥Life not always happen like you have planned.. Everyday there will be surprises happening in your life.. Treasure it.. Appreciate it.. It may not always happen.. And maybe will not happen again..♥♥


Daisypath Friendship tickers

Friday, September 16, 2011

Forteen

            Lohe? Lohe? Selamat tengah malam semua! Apa yang saya nak kongsikan pada hari ini? Sebenarnya, saya baru sahaja selesai menonton anime Bleach episod 339, memang sangat teruja! Tidak sabar menunggu episod seterusnya. Selepas itu, saya membaca manga Bleach episod 464, lagilah teruja! :P  Okey la, sebenarnya saya ingin berkongsi dengan semua lagu tak berapa baru tapi baru saya temui bulan lepas apabila seorang kawan mengatakan lagu ini menarik. Pada mulanya, saya tidak mengambil perhatian terhadap lagu ini (seperti biasa, lagu ini disyorkan oleh kawan). Tetapi, disaat mendengar dan menghayati bait-bait lagu ini, ia terasa begitu bermakna. Lagu syahdu menusuk kalbu la ni! Mendengarkan melodi lagu ini, ia mengingatkan saya dengan kumpulan lelaki pop di Malaysia pada suatu ketika dahulu. Kebanyakkan lagu yang dihasilkan dan dinyanyikan kumpulan ini mempunyai genre yang sebegini. Tidak lain dan tidak bukan, kumpulan KRU! Tapi lagu yang bakal saya kongsikan, bukan dinyanyikan oleh kumpulan ini, tetapi kumpulan yang berada dibawah naungan KRU studios, Forteen. Siapakah Forteen?
            Kumpulan Forteen ini dianggotai oleh One, Ariz, Izzue dan Ameer. Nama sebenar? Tak tau! Hahahaha. Kumpulan ini baru ditubuhkan untuk mengembalikan kegemilangan kumpulan lelaki pop yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu? Tidak pasti. Tapi mungkin juga. Lagu memang sedap, tapi pada mulanya saya ingat lagu ini dinyanyikan oleh kumpulan The Lima. Tak tau apa perkembangan mereka sekarang. 


Gambar telah diambil daripada hasil carian Google.


Berdua Bersatu - Forteen

kenapa cinta kita
selalu saja diduga
bagai ada tak merestu
kita berdua bersatu

atau mungkin kau dan aku
ditakdir untuk berpisah
walaupun melawan arus
kita berdua bersatu

sering kali ku mendengar
patah tumbuh hilang berganti
tetapi ku tidak mahu
cinta selain darimu

jika denganmu salah
ku tak mahu yang benar
jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
walau dilanda badai
ku sanggup kerna ku mampu
kita berdua bersatu

jika denganmu kabur
ku tak mahu yang jelas
jika denganmu hanyut
biarlah aku lemas
walau dilanda ribut
ku sanggup kerna ku mahu
kita berdua bersatu

P/S: Lagu cinta kaw-kaw punya! hahahaha. Walaupun syahdu, tetap menusuk kalbu. Sekian dulu~ Nak dapatkan rehat secukupnya hari ini. Bangun nanti, banyak lagi aktiviti.. <3

No comments:

Post a Comment