♥♥Just about what I have gone through every day... So it will remind me of my life path up until now... I want to express it with words... My small brain can’t afford to keep it all... The language may 'Campur2' because it’s my diary after all... who will cares anyway??? XD♥♥

♥♥Life not always happen like you have planned.. Everyday there will be surprises happening in your life.. Treasure it.. Appreciate it.. It may not always happen.. And maybe will not happen again..♥♥


Daisypath Friendship tickers

Monday, June 12, 2017

Cukai Pelancongan

Sekarang tengah kecoh pasal cukai penginapan. Sila rujuk artikel:

http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/06/07/tourism-tax-an-unnecessary-burden/

http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/06/09/nazri-tourism-tax-to-be-enforced-from-july-1/

http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/04/28/tourism-tax-bill-to-exclude-home-and-kampung-stays/

Sila baca dulu.

Berdasarkan artikel tersebut, cukai ini berbeza kadar (mengikut bintang) dan dikira berdasarkan hari penginapan untuk setiap bilik.

Kita telah dibebankan dengan cukai barangan dan perkhidmatan(GST) yang dilancarkan pada tahun 2015. Rakyat tidak bersetuju, namun tetap terpaksa membayar cukai. Dengan hujah, mengutip cukai daripada seluruh rakyat Malaysia. Ramai rakyat Malaysia yang tidak membayar cukai. Implementasi ini akan membolehkan kerajaan mengutip cukai daripada semua golongan di Malaysia.

Memang benar golongan yang berbelanja kecil hanya kena cukai sedikit. Golongan yang berbelanja besar akan membayar cukai yang lebih besar. Namun, itu tidak merubah hakikat yang perbelanjaan akan meningkat. Untuk menggalakkan orang ramai untuk menyimpan? Dah kalau belanja meningkat, celah mana pulak nak simpan? 🙄

Berbalik pada cukai pelancongan. Untuk meningkatkan infrastruktur dan promosi pelancongan di luar negara? Kebanyakkan pelancong adalah dari luar maka kadar ini tidak membebankan rakyat?

Rakyat Malaysia tidak bercuti dalam negara ka? Kalau begini la rakyat Malaysia kena layan, memang semua pakat keluar dari Malaysia.

Sikit ja cukai tu. Ala, bukan mahal pun. Mampu pergi bercuti, takkan mahal sikit dah nak bising? Kalau tak nak bayar cukai pelancongan, tak payah la pergi melancong. Elok. Masalah selesai..

Macam kenal kan jawapan tu? Sakit hati betul.

Sarawak dah tak setuju, siap keluar dari Tourism Board lagi(http://m.thesundaily.my/node/452457). Sabah masih belum mencapai sepakat ( http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/no-sabah-has-not-rejected-new-tourism-tax-state-minister-says) . Melaka menyokong cukai tersebut (https://www.nst.com.my/news/nation/2017/06/248191/tourism-tax-will-benefit-melakas-tourism-industry-chief-minister). Yang lain-lain? Marilah kita tunggu.

P/S: kalau nak pergi cuti-cuti Malaysia, sila rancang sebelum 1 Ogos.

Sekian.

Sunday, February 26, 2017

Penat

Penat..
Kau tau kau penat
Kau lelah dan mau rehat
Kau rasa kau penat
Keluhan kau semakin berat
Minda menenang perasaan mencengkam
Kau tau itu bukan urusan kau
Kau pilih untuk mengambil tahu
Mengapa pilih untuk menyeksa jiwa?
Selamat malam bintang-bintang
Selamat malam perasaan
-pinkpink-
260217
1.20am

Saturday, February 25, 2017

Singgah

Sekali lagi datang singgah. Nak kabar dah ada telefon baru. Skin besar dan puas hati dengan fungsi telefon baru. Terima kasih kepada yang belikan telefon baru. 😆😘

Macam-macam ragam dan isu timbul semenjak dua menjak ni. Marilah bersama-sama mengambil iktibar daripada isu dan cabaran yang datang. Semoga terus diberikan peluang dan ruang untuk menjadi lebih baik.

Perlu mengaktifkan diri dengan aktiviti yang bermanfaat pada diri. Harap sedar diri, diri bukan lagi remaja tetapi berada di alam dewasa. ❤️💙💚💛💜

Saturday, February 11, 2017

Tahun Baru 2017

Setelah sekian lama senyap.

Pertama sekali, Selamat Tahun Baru 2017 dan Selamat Tahun Baru Cina.

Masih selesa menulis daripada berkata-kata.  Seperti sebelum ini.  Dengan menulis, hati merasa lebih tenang. Jika berkata-kata, mungkin akan menulis jiwa dan merasa sesal dengan tutur kata.  Maka,  menulis sembarangan sekadar menenangkan perasaan.

Tahun 2017. Umur semakin meningkat. Ada beberapa perkara yang perlu dilaksanakan pada tahun ini.

1. Kerjaya - berdasarkan komen pada penilaian hujung tahun lepas, masih banyak benda yang perlu ditingkatkan. Harus lebih proaktif dalam pekerjaan dan yakin dengan kemampuan diri.

2. Penampilan - bukan sekadar pemakaian/kekemasan, berat badan dan kesihatan juga harus dititikberatkan. Faktor usia juga membimbangkan.

3. Sikap - ada beberapa tabiat yang perlu diambilkira. Berfikir sebelum berkata, bertindak dengan waras dan teliti dalam kata-kata.

4. Hubungan - komunikasi perlu ditingkatkan. Jangan memendam perasaan. Teliti dalam hal-hal kecil agar tidak menjadi punca perbalahan.

5. Kewangan - perlu menilai semua keadaan kewangan dan memastikan agar simpanan secukupnya.

Itu adalah sedikit mengenai perkara yang harus dilaksanakan. Sudah lama tidak menyenaraikan azam tahun baru. Jadikan tahun ini lebih bermakna dengan matlamat jelas.

Selamat malam. Mimpi yang indah.  😉

p/s: Azam tahun baru coretan peribadi. 🤓