Selamat tahun baru! Baru 3 hari ba. Rilek. belum lambat lagi mau wish. azam tahun ini? Jadi manusia tiada hati perut. *kalau tiada hati, tidak la sakit. kalau tiada perut, tidak la lapar*
Tahun baru, opis baru, meja baru, bos masih yang lama. hahaha. beban kerja baru, target baru, tugas baru, jadual kerja baru, saya masih lama. selamat berjaya. selamat tinggal hujung minggu, selamat tinggal cuti umum. kes masih sama. macam yang lepas la, kena suruh tulis blog, p meroyan sini. bila mau insaf? hahaha.
ambang tahun baru, emo memanjang. emosi tidak stabil. kalau emosi tidak stabil, semua ayat pun ikut perasaan. ini semua perasaan punya pasal, saya tidak bersalah!
mari merungkai persoalan lepas. jelaskan keadaan. saya bukan tidak tahu, tapi saya takut. ya, saya TAKUT. saya ni manusia biasa.
manusia, bila dia takut, dia akan elak/lari dulu. bukan semua orang berani menghadapi benda/perkara yang dia takut. cara senang, lari/elak. tapi kalau kes saya, saya buat tidak peduli, elak. memang saya faham, elak macamana pun, kalau tidak hadapi ketakutan, perkara/benda itu akan kekal jadi sumber ketakutan. sampai bila mau elak? takut diri tidak kuat. takut diri tidak mampu. takut diri sakit. takut kecewa. TAKUT.
saya ni penuh dengan aura negatif *tumpang lalu* kalau tidak mahu terjangkit, sila jarakkan diri. AWAS. saya bukan tidak percaya dengan orang, tapi saya tidak percaya dengan diri sendiri. kenapa? itu persoalan yang saya akan kaji dalam kepala sendiri kalau ada masa lapang nanti.
......
......
......
......
sesiapa yang terbaca tulisan ini, saya faham kalau anda tidak mampu memahaminya kerana saya pun tidak faham dengan diri saya. ya, anda punya pilihan dan anda dinasihatkan untuk menjarakkan diri daripada saya kerana saya seorang yang sangat serabut. ini adalah untuk kesejahteraan bersama. anda tidak perlu serabut dalam kerserabutan saya dan saya tidak perlu rasa bersalah menjerumus anda dalam keserabutan.