♥♥Just about what I have gone through every day... So it will remind me of my life path up until now... I want to express it with words... My small brain can’t afford to keep it all... The language may 'Campur2' because it’s my diary after all... who will cares anyway??? XD♥♥
♥♥Life not always happen like you have planned.. Everyday there will be surprises happening in your life.. Treasure it.. Appreciate it.. It may not always happen.. And maybe will not happen again..♥♥
Saturday, December 21, 2013
Hati kering
uhhhh.. teringat pula. kawan-kawan suka cakap saya ni hati keras, hati batu, hati kering.. betul kah hati batu, hati kering?
Mari kita kembali kepada cerita dulu-dulu. mau cakap saya hati kering, saya pernah ada boifren juga. rekod lampau, 4 tahun. dengan siapa? uhh, itu cerita dulu. masa sekolah menengah, kerja saya dalam kelas tidur seja. loceng rehat, bangun, p kantin makan, sambung tidur balik. memang kewujudan di sekolah tu sekadar makan dan tidur la. kelas ada econ (air-cond), meja paling best dalam sekolah, kelas paling dekat dengan kantin. memang gandingan terbaik.
dalam banyak-banyak kelas, satu kelas seja yg boleh bertahan, dalam 5-10minit kemudian baru tdur. kelas kimia. kenapa? cikgu dia hensem. eh. tadi cakap hati kering? sekarang menyakat cikgu hensem pula. biasalah sakat-sakat orang hensem. itu seja lah sejarah dalam kelas. masa ambil keputusan SPM, datang paling lambat. jumpa guru kelas, mengadu sebab paper bahasa melayu dapat B seja. cikgu buat muka sangat terkejut dan kagum. "Cikgu ingat kamu gagal ooo! xsangka perangai ko yang gete-gete dalam kelas boleh lulus SPM". ok, terkelu dan terkedu disitu. aktiviti harian adalah tidur, makan pun cikgu cakap gete? kalau yang perempuan asyik dating, menggedik sana-sini tu panggil apa? hamboi.
cikgu SEMUA terkejut saya lulu semua mata pelajaran. tidak cemerlang la, cukup kredit semua. ya cikgu, saya lulus. masuk matrik (cikgu terkejut lagi) dan sudah tamat pengajian 4 tahun d USM pun. cikgu ada ucap tahniah juga, terima kasih cikgu. muka yang hari-hari mengantuk ni pun boleh lulus. berkat kesedaran 3 bulan sebelum SPM. hahaha.
berbalik pada isu hati kering. saya minat ramai orang k? minat dengan Johnny Depp, Jason Mraz, dan Robert Downey Jr. itu western. kalau asia, tidak payah umum la, RAMAI. tapi paling minat dari dulu, Nicholas Teo! dia sangat comel ok? pakej cukup, suara sedap, muka buat hati senang. eh? hahaha. saya tidak berapa minat chinese, tapi dia ni special kes. hahaha. di Malaysia setakat ni, paling saya minat Adi Putra. tapi saya tiada skandal dengan dia. sekian.
so, sebenarnya part mana yang saya hati kering ni? hahaha. mungkin kamu yang tidak nampak part hati saya yang lembab (tidak kering).
p/s: nda kisah la saya minat siapa pun. tapi cukup lah satu seja yang paling kena sayang (selepas daddy dan adik2 saya yang awesome). kalau ko baca, ko tau la siapa ko. tidak payah la umum-umum. *cheh, underground laaaa* hahahah. selamat malam sayang. eh. :3
Monday, December 16, 2013
serabut
Dekat pukul 1 pagi suda. Tekanan juga lah sikit. Bos suruh buat blog post. sangat ironi kan? tekanan kena suruh buat blog post tapi menaip blog post sekarang. kalau sekadar mau menulis cincai-cincai boleh la. mana la saya pandai buat untuk mau menarik gadis-gadis muda ni.
terfikir tiba-tiba. apa la saya fikir masa saya terima ni kerja. sedangkan saya paham yang saya memang langsung tiada pemahaman macamana cara perempuan berfikir. fesyen? memang out. topik? tidak tau. isu semasa? tidur memanjang. trend remaja? terasa betul macam saya ni terkurung dalam tempurung.
komon! selagi tidak mengancam nyawa sendiri, mesti boleh buat. boleh lagi ni.
p/s: memang selalu suka cari pasal dengan diri sendiri kan? otak nda cukup serabut lagi, kasi serabut sendiri.
Saturday, December 14, 2013
Mari kembali jadi diri sendiri.
taip.padam.taip.padam.
tidak mo tulis formal, skema habis!
amaran: tulisan dalam bahasa rojak. tidak payah buang masa untu baca sebab saya memang hanya buang masa menulis. saya memang suka membebel sendiri.
selalu berlaku konflik dalaman. ini semua bikin benci! rasa diri seorang periang, tapi kenapa suka mengurung diri dalam bilik dan menghadap skrin laptop. yakin diri seorang yang berdikari, tapi selalu bergantung dengan orang lain. boleh hidup tanpa orang yang dikenali, dan jadi anti sosial melampau. hari-hari buat konflik dalam kepala sendiri, memang sendiri cari pasal.
saya selalu rasa kagum (jeles mungkin) dengan orang yang periang, senang bergaul dengan orang lain, berfikiran positif, selalu bersemangat, tabah, berdikari, dan kuat. saya mau jadi orang yang begini. tapi makin lama pikir, rasa betul diri macam lain daripada yang mau jadi. tu la yang bikin tekanan. setiap kali mau jadi seperti orang yang di inginkan, itu otak sama hati cakap ini tidak betul. haish, macam tidak tau apa sudah saya cakap ni. pakai situasi la.
selalu saya nampak orang berkawan rapat. makan sama-sama, keluar sama-sama, jalan sama-sama, gosip sama-sama, ketawa sama-sama, nangis... nda tau lah pula. kadang-kadang saya rasa hubungan begitu macam sangat plastik. sangat menyakitkan mata. kalau dia tiba-tiba tikam belakang kau, baru ko tau macamana itu sakit dia. puih, buruk sangka memang saya paling terer. mungkin sebab itu lah saya tiada kawan begitu. sebab takut kecewa dengan kawan. kalau orang lain buat jahat sama kita, kita mungkin rasa sakit dan bolehlah terima sikit-sikit. cuba kalau kawan yang buat? punya kecewa tu begitu, kalah putus cinta oo.
ok, bila tiada kawan rapat begitu pun masalah juga. ko tengok orang, punyalah siok tengok diorang berkawan baik. lepas tu ko tgk diri sendiri, siapa yang kawan ko begitu. TIADA. kenapa tiada? sebab ko sendiri yang tidak mau berkawan begitu. lepas tu ko rasa jeles, lepas tu rasa sedih sebab tiada kawan begitu. ko yang tidak mau rapat sebab tidak mau kecewa, lepas tu ko sendiri kecewa sebab tiada kawan rapat. sangat bercanggah kan?
dulu saya ada kawan rapat. sangat rapat. mungkin sebab saya budak lagi tu musim, memang naif lah orang bilang. sangat innocent. nda kisah la apa orang cakap pasal dia, dia buat apa, saya nda kisah sebab saya rasa itu semua tidak penting sebab dia kawan saya. kami selalu buat hal sama-sama. banyak jugalah yang saya terbelajar dari dia. macam-macam. ada yang baik, ada yang buruk, tapi saya betul-betul nda kisah sebab dia kawan saya. satu ayat dalam keadaan kurang sedar, terus semua hancur. muka senyum tapi hati memang tidak sama sudah. pertama kali saya menangis depan orang begitu teruk. sangat teruk.
saya tidak akan menangis depan orang. tapi sebab dia punya ayat masa tu, saya nangis dengan teruk. memang teruk. saya tidak kisah kalau orang lain marah saya, peduli lah. tapi dia marah saya lepas tu cakap saya kawan baik dia tapi saya tidak paham perasaan dia. saya tidak marah dia, saya marah diri sendiri sebab buat dia cakap begitu sama saya. saya gagal jadi kawan yang baik. saya kecewa dia cakap saya tidak paham dia, tapi saya lagi kecewa sebab saya ingat saya paham dia. perkataan kawan baik itu otomatik gugur dalam hidup. selamat tinggal.
sebab satu hal seja, sampai sekarang saya tidak boleh percaya sudah 'kawan baik'. saya kagum juga sama orang-orang sekeliling saya. boleh ada sampai 3/4 orang kawan baik. saya ni kolot mungkin. saya rasa, kalau kawan baik, mesti ada satu seja. SATU. sebab satu ni seja yang ko akan cakap semua hal, kongsi cerita, nangis sama-sama, ketawa sama-sama. sedangkan satu kawan baik pun susah ko mo tau hati dia, ko ada ramai kawan baik, lagilah susah mo paham. dan mungkin sebab begitu, saya pilih untuk sendiri. saya ni tamak. kalau ko kawan baik saya, ko mesti sanggup buat apa saja untuk saya. dan kalau ko kawan baik saya, saya sanggup buat apa seja untuk kau. saya tau rahsia ko, ko tau rahsia saya. gembira atau sedih, mesti kawan baik yang tau dulu. wajib.
so, sebenarnya saya ni memang tidak pandai berkawan. mulut sudahlah jahat, nda memahami lagi, layan kawan kasar. sama jugalah macam keluarga dengan boipren. saya ni mana lah tau macamana suasana keluarga, memang tiada basic, selalu menumpang keluarga orang seja. boipren? lagilah teruk. selama saya hidup 20 tahun lebih ni, selalu sudah saya dengar ayat yang sama dari boipren. "kenapa saya rasa macam ko nda peduli saya, kasar, tidak sayang saya ........." panjang lagilah. tapi memang ada ayat wajib begitu. ketara kan yang saya ni memang nda pandai berkawan/berboipren/berkeluarga. so, bukan saya nda mau tapi memang saya tidak tau macamana. mungkin masa dia belum sampai. bila mau sampai? ntah.
pasal kes tidak pandai berkawan/berkeluarga/berboipren ni, kalau kawan, tu lah pasal saya selalu sendiri seja. tidak pandai berkeluarga, masih ok la sebab kami dalam keluarga jak yang paham kenapa kami begitu. berboipren? kalau saya kena kasi tinggal, sebab saya tidak pandai tunjuk kasih sayang. kalau saya yang kasi tinggal, samada saya ada buat salah atau saya sudah bosan. kalau tidak nampak dia dalam hidup untuk masa depan, apa motif mo sama-sama lagi? selalunya boipren yang saya betul-betul sayang yang kasi tinggal sy.
p/s: teringat masa mula-mula ada boipren, dia kasi tinggal saya dan kapel sama kazen saya. paling lucu bila kazen saya minta maaf. saya boleh cakap lagi, "kenapa saya mau marah sama ko? kalau dia betul2 suka sama saya, dia nda kan sama-sama ko. dia sudah pilih ko, tiada guna saya mo marah ko. ndakan mau paksa dia suka saya? berbaloi ka saya mau marah saudara saya sendiri pasal lelaki seja?" peh, jawapan tu ba, nampak betul hati kering. dating depan saya, mau kasi jeles saya? sorry, nda rasa jeles. nda lama drg break, pun saya nda kisah. mungkin sebab mula-mula saya suka kawan dia, bukan dia. hahaha.
Sunday, December 8, 2013
December
Its already December! Yeay! *nothing to be so happy about anyway* By the way, I moved to a new place. It sure a bit far from my current workplace, but will be closer to next year workplace. huhuh! *still, it will a bit hard to wait for bus here* Lets skip about workplace for awhile
The new place its quite 'packed'. Total person in the house is 7, including me. Woahhh. I don't know them before, so its a bit awkward for me. Not forgotten, there are 4 guys in the house! Okay, it become more awkward. Been living here for a week and still feel awkward. Yes, I am the awkward anti-social fella here. It's a bit expensive here, so I need to be more careful on my spending. *I hope I can get through this*
P/S: Okay, I need to prepare to sleep now. No more late for work please. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)