♥♥Just about what I have gone through every day... So it will remind me of my life path up until now... I want to express it with words... My small brain can’t afford to keep it all... The language may 'Campur2' because it’s my diary after all... who will cares anyway??? XD♥♥

♥♥Life not always happen like you have planned.. Everyday there will be surprises happening in your life.. Treasure it.. Appreciate it.. It may not always happen.. And maybe will not happen again..♥♥


Daisypath Friendship tickers

Monday, September 23, 2013

Bergraduasi

Seperti tajuk diatas. Ya, saya telah bergraduasi.

5 tahun lepas, saya tidak sangka saya berjaya masuk USM. 4 tahun lepas, hari pertama USM sangat memenatkan. 3 tahun lepas, bersama rakan-rakan menikmati hari-hari di USM. 2 tahun lepas, sibuk dengan aktiviti yang berlambak di USM sambil melihat rakan yang teruja menikmati tahun akhir pengajian. 1 tahun lepas, melihat rakan bergraduasi dan rasa sedih kerana masih di sini. Dan tahun ini, penantian berakhir. Selamat bergraduasi kepada saya.

Sukar untuk membayangkan keluarga akan datang pada hari graduasi. Dan bila sudah datang, hati jadi tamak. Mahu lebih. Tapi sedar, lebih itu tidak mungkin.

Terima kasih pada ibu dan adik saya yang datang pada hari konvokesyen saya. Terima kasih juga kepada ayah saya yang telah menaja pengajian dan perbelanjaan saya selama ini. Walaupun tidak hadir, atas sebab yang tidak boleh dielakkan. Tiada kata-kata indah, ringkas dan padat. Terima kasih.

Gembira? Serius. Rasa kosong. 

Kepada arwah nenek, 

inak, saya sudah grad. Ada juga ko nampak ba kan? Dulu ko suruh saya belajar sampai degree kan? Berjaya juga saya kasi habis 4 tahun. Tapi apa buli buat, ko tidak dapat datang. Saya mo kasitau yang saya belajar degree sebab dulu ko cakap sebelum saya pigi matrik yang ko mo saya belajar sampai degree, mo datang konvo saya kan....

Habis Sarjana Muda. Tidak tahu arah tujuan seterusnya. Dalam samar-samar, hanya berjalan tanpa arah.

P/S: terima kasih juga kepada kawan-kawan yang sudi datang pada hari graduasi. Sorry sebab tidak hadir pada hari graduasi kamu. Saya sedih sebab saya tidak pasti. Hari graduasi, hari gembira. Tapi maaf, saya tidak dapat merasakan secebis kegembiraan bergraduasi. Bukan sedih kerana meninggalkan universiti, tapi sayu kerana insan-insan yang saya harapkan hadir tidak ada di situ. 

Sedih itu terlalu hebat dan kegembiraan itu tidak ada.

Thursday, September 12, 2013

Orang Tua

Orang tua (melebihi 50 tahun) bekerja.

Sila bayangkan suasana ini.

Seorang makcik/pakcik tua yang berambut putih dan bongkok sedikit mengelap mengemas pinggan dan menggelap meja makan. Membawa pinggan dan gelas ke dapur dan berdiri lama mencuci pinggan. Kemudian beralih ke meja lain untuk mengemas pinggan mangkuk. 

Sekilas pandangan, hati akan jadi sayu. Maaf, hati bukan kuat melihat pandangan sebegitu. Teringat pada arwah nenek (datuk masih hidup, tapi tidak tahu di mana). Hati sayu dan terharu. Kenapa mereka masih bekerja pada usia sebegitu? Adakah kehidupan mereka susah? Atau mereka sekadar mengisi masa yang terluang? 

Dalam tempoh 10 tahun sebelum arwah meninggal dunia (arwah nenek), beliau bekerja kerana menyara diri dan kami (saya dan adik saya). Walaupun ayah dan emak saya memberikan wang belanja, arwah lebih senang bekerja. Kami sangat bertuah kerana tinggal di pinggir hutan yang kaya dengan hasilnya dan setiap hari yang dilalui adalah pengajaran untuk lebih tabah. Arwah seorang yang kuat bekerja, berkelakuan agak ganas (jangan cari pasal, dia agak digeruni) tapi penyayang (ini sangat subjektif). Rindu pada hari-hari yang di lalui. Zaman kanak-kanak, naif dan menjalani kehidupan setiap hari tanpa banyak fikiran. *ok,tipu. Saya memang banyak berfikir semenjak kecil. Orang dewasa yang berada di sekitar sering menegur saya kerana berfikir terlalu rumit.* 

Walau apa pun sebabnya, anak-anak muda sila lihat pada kegigihan mereka. Jadikan ini satu motivasi. Pada usia sebegitu mereka masih bekerja, tidak kisah lah apa sebabnya. Mereka masih menempuh kehidupan dengan tabah. Sedikit kerumitan dalam hidup adalah peluang untuk memperbaiki diri.

P/S: entri ini untuk memotivasi diri sendiri. Walau apa pun rintangan yang datang, hadapi kehidupan dengan harapan dan percaya pada diri. ♥♥♥♥♥♥


Sunday, September 8, 2013

7 Ogos 2013

*entri tertunda

Selamat Hari Raya
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini…..

Hari Raya Aidilfirtri. Tahun ini seperti tahun sebelumnya. Beraya di kampung halaman. Sebenarnya saya tidak lah merayakan hari raya atau secara spesifik, saya bukan beragama Islam. Tapi mama saya beragama Islam, jadi dia lah yang merayakan perayaan ini bersama keluarga baru dia. Dan kenapa mama saya beragama Islam dan saya tidak? Itu sangat komplikated untuk dihuraikan. Sesiapa yang mengenali saya dan pernah bertanyakan struktur keluarga saya saja yang faham.

Hari Raya Aidilfitri adalah antara perayaan yang paling besar dalam hidup saya selepas hari lahir (okey, ini bukan perayaan) kerana secara am nya merasakan Tahun Baru Cina dan Krismas adalah tidak sepenting Hari Raya Aidilfitri. Kenapa? Gerak hati.

Walaupun ini adalah perayaan yang paling besar, sebenarnya tiada rutin yang saya buat pada pagi raya. Sama seperti hari biasa, bangun lewat, termenung seharian dan kalau bernasib baik ada lah kawan-kawan yang membawa melawat rumah terbuka. Cuma perasaan berbeza dan bercampur-baur atas sebab yang kurang di ketahui atau memang tidak mahu di ambil tahu.

P/S: Jalani hidup dengan mudah. Hidup ikut gerak hati dan sesekali lojik akal. Kamu boleh cakap saya tidak ‘ambitious’ dan kerana itu saya tidak pernah dapat lebih. Hanya cukup-cukup saja.



Pertama Kali

Pertama kali dalam hidup. Bukan hal besar pun, hal kecik ja. Pertama kali, tidak semestinya susah tapi tidak bererti senang. Kalau berjaya, bererti cabaran lebih besar boleh di hadapi. Kalau gagal, jadikan ia pengalaman. Manusia tidak semestinya harus berjaya dalam cubaan pertama kerana kegagalan memberikan pengalaman yang bermakna. *okay, sudah mula mengarut. balik kepada tujuan asal.*

Tidak pernah menjangka perbualan PERTAMA KALI (lebih daripada 5 ayat) dengan teman serumah boleh menjadi sangat rumit. SANGAT. Kenapa boleh jadi rumit? 

1. Bahasa - ini memang sangat rumit. Dari dulu lagi. Sudah terang lagi bersuluh, di bawah panas matahari lagi. Rupa saya macam orang cina. OK. Sebenarnya memang bapa saya Cina, itu tidak boleh di nafikan. Jadi, saya memang anak Cina. Cuma, saya bukan membesar dalam suasana keluarga Cina. Maka, bahasa pertuturan yang saya biasa guna, bukan lah bahasa Cina. Ramai orang yang keliru apabila mendengar saya bertutur dalam bahasa Melayu dengan fasih. Dan lagi ramai yang terkejut apabila saya bagitahu saya tidak pandai bertutur dalam dialek Cina melainkan Mandarin (yang itu pun lintang-pukang). "Kenapa kamu tidak bertutur dalam bahasa Cina?" , "Kenapa kamu bertutur dalam bahasa Melayu?" , dan bermacam jenis soalan sudah singgah ke telinga. Sebab kepada soalan utama tidak susah, tapi yang membuatkan benda jadi rumit ialah soalan susulan. Kadang-kadang hanya jawab dengan senyuman.

2. Topik - kebanyakkan topik yang keluar secara rambang boleh di bincangkan. Memang lah kurang membaca, kalau tiada apa yang boleh dikatakan, dengar pun bermanfaat juga. Kalau kena tanya, cakap lah tidak tahu. Senang. Tapi, kalau tanya pasal keluarga, ini memang rumit. Rasanya ini memang normal, sebab ini perkara peribadi. Ramai orang yang tidak kisah untuk bercerita, ada juga yang menyimpan rahsia. Saya? Lebih kepada bahagian 'tidak kisah'. Memang lah tidak kisah, cuma kadang-kadang malas mau menerangkan. Banyak juga yang faham, tapi rasanya yang kurang faham lagi banyak dan ini lah masa yang paling rumit. Ada yang berasa simpati, ada yang memahami dan paling memenatkan ialah yang tidak faham. 

Nampaknya kemahiran berkomunikasi telah menjadi tahap kritikal. 

Tuesday, September 3, 2013

Tiga September

Hari pertama bekerja. Masih di tempat lama (tempat praktikal dulu). Sebelum ni kan banyak komplen? Kenapa kerja di situ juga? Nah, itu yang banyak orang binggung. Kenapa? Malas mau eksplen. Sekian. Hahaha.

Akhirnya dapat jawapan, status ditukar 'berijazah'. Gembira! (tidak sanggup woi lama-lama lagi sana, nangis ooo!) Cukup lah 4 tahun, malas mau memanjangkan tempoh belajar. Sambung belajar? Belum lagi. Kerja dulu ba. Manatau nanti sudah bosan kerja, belajar lagi la balik. kekekekeke. Tarikh berijazah ialah 21 September 2013, sesi pagi (tengah hari kluar la tudari dewan. sila datang dengan bermacam hadiah. dari makanan hingga ke barangan rumah, semua pun bulih! hahahahah)

Apapa pun, tahniah kepada coursemate yang akan grad sama2. Mesti jumpa di luar dewan! mau ambil gambar!