♥♥Just about what I have gone through every day... So it will remind me of my life path up until now... I want to express it with words... My small brain can’t afford to keep it all... The language may 'Campur2' because it’s my diary after all... who will cares anyway??? XD♥♥

♥♥Life not always happen like you have planned.. Everyday there will be surprises happening in your life.. Treasure it.. Appreciate it.. It may not always happen.. And maybe will not happen again..♥♥


Daisypath Friendship tickers

Saturday, August 31, 2013

Selamat Hari Kemerdekaan

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-56! Tarikh keramat dalam sejarah Malaysia. Sudah lama tidak menulis melalui laptop. Selalunya, hanya menulis entri melalui telefon bimbit di kala mata mahu lelap ataupun bosan menimpa-nimpa.

Hari ini juga tarikh keramat buat diri. Hari pertama tinggal dengan teman serumah yang tidak dikenali. Ya, pertama kali tinggal dengan orang yang tidak dikenali. Secara rasminya, saya telah menyewa sebuah bilik. Permulaan kepada sebuah kehidupan yang baru. Teman serumah berasal daripada Sarawak dan kami hanya tinggal berdua. Seorang cikgu. Itu sahaja maklumat setakat ini. 

P/S: Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberi petunjuk akan perjalanan kehidupan selepas ini. Perlu merangka semula kehidupan. Agak huru-hara. 

*saya kena boikot ka ni? SMS tidak kena reply. >.<'

Wednesday, August 21, 2013

Sakit perut

Kerana Tomyam semangkuk, semalaman menahan sakit. Yeay!

Kalau hari-hari macam ni, depresi lah! Sakit perut satu hal. Kalau sudah tidak tidur satu malam, mana ada tenaga mau berlatih. Otot-otot pun mula kejang. Masalah, masalah.

Tuesday, August 20, 2013

Kembali

Malam pertama di pulau mutiara. Kembali menjejak bumi ini. 

Malam pertama, perut sakit lagi. Sudah lumur minyak cap kapak. Lega sikit.

Perbualan singkat di lapangan terbang. Deduksi.

1. Saya seorang yang pelik. Mungkin bukan pelik. Tapi, lain. Macam mana? Tidak pasti. Tapi kau memang unik. Itu saya pasti. 

2. Teringat kata seorang teman. Dunia dicipta penuh keajaiban. Kadangkala, penawar kepada racun ialah racun itu sendiri. Racun yang tercipta itu pasti ada penawar dan selalunya penawar itu tidak jauh /hampir/adalah racun. Macam perasaan. Perasaan boleh jadi racun dalam diri, dan penawar pada racun itu juga adalah perasaan sendiri. 

3. Gembira. Riang. Sayang.

Deduksi(titik)

Sambil berbaring menghadap skrin telefon. Bosan. Sengaja tidak buka laptop. Kalau buka memang layan la laptop sampai pagi. Lepas tu besok pagi merana badan. Mengantuk dan penat.

Tertidur dalam kapal terbang dengan pose yang paling mantap. Sampai termimpi-mimpi yang remeh-temeh lagi. Tapi rasa macam realiti. Garisan antara realiti dan fantasi semakin kabur.

P/S: sebenarnya tidak banyak yang saya mahu dari orang yang saya sayang. Dan saya harap orang yang saya sayang tahu. 

Friday, August 16, 2013

Coretan sekerat(titik)

Petang ini, awan mendung, cuaca nyaman. Guruh sudah berbunyi, tidak lama lagi hujan akan bertandang. Dan bekalan elektrik terputus lagi.

Dua malam, mimpi menjengah. Orang yang sama, mimpi berbeza. Kesudahan sama, suasana berlainan.

1. Datang melawat, gembira. Dalam perjalanan, tidak diambil kisah. Berjalan sendiri, tidak dipeduli. Kesudahan, kecewa.

2. Telefon bertanya, tidak di endah. Menangis teresak, tiada reaksi. Perbualan mati, tidak dipeduli. Kesudahan, kecewa.

Tuan punya badan tidak kunjung datang, hanya hadir membawa luka walau dalam mimpi. Realiti apatah lagi. Lelah berfikir, biar. Masa sudah suntuk, masa untuk pergi. Mungkin aku yang akan pergi, tapi situasi sudah mendefinisi. Tiada apa sudah disini, masa untuk berlalu pergi. Hidup harus diteruskan

Saturday, August 10, 2013

Penat

Sudah tulis tiga kali, padam. 

Apa sebenarnya mahu tulis?

Sudah tiga hari diserang sakit perut berkala. Tiada cirit birit. Cuma perut rasa sangat tidak selesa. Asal makan, mesti kasi keluar balik. Setelah menderita 3 hari, hari ni kena hantar makanan. Terus baik? Aik? Mengada-ngada? Harap-harap besok tidak sakit lagi. Tolonglah perut.

Hati? Tiada perasaan. Kalau sudah sakit berpanjangan, tidak tahu apa sudah kejadian. Tiada perasaan, kosong. Hilang? Kering? Tawar? Tidak tahu. 

Fikiran? Banyak digunakan berfikir hal-hal yang tidak penting dari segi lojik tapi sangat penting untuk perasaan. Jangan disuap hal perasaan berlebihan, memudaratkan. Tapi kalau sudah perasaan yang bermaharajalela, harap maaf, lojik hanya cerita sampingan yang tidak penting. Iklan semata.

Jangan terlalu mengikut perasaan, nanti memudaratkan. Jangan difikir bukan-bukan, hati sendiri sakit  berpanjangan. Persoalkan kenapa harus berfikir sedemikian? Mungkin kau rasa remeh, memang remeh. Kalau kau bukan siapa-siapa. 

Sudah di bagitahu. Sudah di pesan. Bukan hanya bagi pembayang. Sudah di nyatakan. Kau masih anggap remeh? Teruskan.

Penat. Lelah. Tiada guna lagi mengulang kata yang sama, jawapan tetap sama. Sudah tidak sakit.

Kecewa.

Tetap kecewa.


Thursday, August 8, 2013

Stupidity and anger

I just should say 'yes' just now! Damn! Now I'm left out alone just listening to firework and the noisy fan, not forgotten, regretting for playing 'malu-malu'. F*** it! Damn! It was a chance to show that I'm serious. And now it wasted. Sometimes dumbness is really irritating! I hate to be alone now. I started to think nonsenses! Grrrrr! Arghhhh. This is really annoying! 

And you! If you really meant it, you should ask for the second time! Okay, I'm procrastinating and start to blame you as well. Okay, I got it. I'm the one to blame. But why couldn't you ask for the second time you idiot! Hahahahaha. Laugh to my own silliness. I'm a mad woman now. Damn!  And you don't even bother to reply my message. Nice move young man. That's very nice of you.

P/S: tomorrow is the first day of raya. Yes you have asked before, but you don't even ask again?! I will give you chance until tomorrow morning. If you still playing hard to get, serves both of us right. I don't want to care about it anymore. I've been declining invitation, waiting for yours. Stupid right? Tomorrow morning. No news about it? I will not bother anymore. That's right. Let me go back in irritation, I'm quite stubborn and hard headed, try me. FYI, this just make me want to go away from here as soon as possible! This is really annoying and irritating. Gahhhhhhh!!! Annoy me more, I will annoy you even more. Stupid! Idiot!