Detik-detik akhir tahun 2015.
Tahun yang penuh dengan kejutan dan cabaran. Umur mencecah suku abad. Mengakhiri dan memulakan sesuatu yang baru. Pada yang diakhiri, terima kasih di atas kesempatan dan pengalaman yang diberikan. Pada yang dimulakan, marilah bersama-sama meneruskan langkah dan rangka haluan untuk masa hadapan.
Hidup ini bukan indah senantiasa, juga bukan tangisan semata. Walau ada ketika hiba sayu menerpa namun bersyukur pada senyuman dan kekuatan yang diberikan untuk menghadapi hari mendatang. Cabaran hari ini akan menjadi pengalaman dalam mengenali dan memahami erti hidup.
pinkpink
29 Disember 2015