♥♥Just about what I have gone through every day... So it will remind me of my life path up until now... I want to express it with words... My small brain can’t afford to keep it all... The language may 'Campur2' because it’s my diary after all... who will cares anyway??? XD♥♥

♥♥Life not always happen like you have planned.. Everyday there will be surprises happening in your life.. Treasure it.. Appreciate it.. It may not always happen.. And maybe will not happen again..♥♥


Daisypath Friendship tickers

Saturday, September 19, 2015

Sabtu Biru

Hari bermalasan. Oh yeah. Apa rancangan untuk hari ini?

1. Keluar dengan Afni. Ok, ini sudah janji. Tunggu dia bangun seja la. Cepat la bangun, mereput juga dalam bilik ni.

2. Sementara tunggu dia bangun, bergolek-golek di katil daripada jam 8.30 tadi. Awal bangun kan? Bukannya susah pun. Hehehe

3. Belum terasa mo mandi sebab kalau sudah mandi nanti lapar. Hahahaha. 

4. Mungkin boleh start baca buku yang dalam kotak. Banyak lagi tu belum baca, masih dalam plastik. Lepas tu ada hati lagi mo beli buku baru, buruk perangai betul.

5. Dengar lagu, tengok Youtube, skrol Facebook, main game, merepek dalam blog. Agak mudah juga idea itu. 

6. Paling sandi? Tiba-tibq rasa mengantuk. Aiyo. Awal ba tidur smalam, belum lagi jam 1 pun.

7. Ahhhhhh. Tidur la kijap..

Friday, September 18, 2015

Sebulan berlalu

Genap sebulan memulakan kehidupan baru. Bagaimana kehidupan setakat ini? Menarik. Gembira dan puas hati.

Kerja? Masih terkial-kial, banyak teguran tapi sangat membina. Mungkin ini permulaan bagi sesuatu yang hebat pada masa akan datang. Terima kasih atas keperitan lampau yang memberikan kekuatan untuk menghadapi cabaran ini dan penderitaan yang memaksa diri untuk membuat keputusan drastik untuk memulakan kehidupan baru. Bukan sifat diri untuk mengalah kerana  kesusahan yang melanda. Itu sangat perit. Untuk melepaskan perjuangan bagi memperbaiki diri dan memulakan sesuatu yang baru agar diri bertambah baik dari semasa ke semasa.  Semoga diri akan kuat menghadapi cabaran yang mendatang.

Perhubungan? Bagi memulakan hubungan yang baru, ucapkan selamat tinggal kepada perhubungan yang lama. Kamu boleh kata yang diri telah berputus asa. Adakah salah untuk berputus asa? Mungkin kamu lupa, sesetengah perkara dalam kehidupan perlu dilepaskan untuk terus maju kehadapan. Perkara yang bermakna dan berbaloi perlu dipertahankan, diperjuangkan dan diberi kepercayaan. Yakin dan percaya, teruskan perjuangan. Diri tidak berputus asa, diri cuma memberi peluang untuk mendapatkan sesuatu yang lebih bermakna dan berbaloi dipertahankan. Beri peluang, beri usaha, beri kepercayaan dan beri yang terbaik. Doakan yang terbaik, berikan yang terbaik, usaha sebaik mungkin.

Rakan-rakan? Yang sedia ada masih perlu diperbaiki dan masih banyak perkara yang boleh dilakukan untuk menjadikan semua lebih baik daripada sebelum ini. Sesiapa yang masih bertahan dan berkawan, terima kasih rakan-rakan. Kenalan baru? Mungkin bukan pilihan utama setakat ini. Peringatan kepada orang baru, diri ini mungkin agak berterabur dan agak bermasalah untuk dijadikan kawan tapi sekiranya anda mampu bertahan dan menerima diri seadanya, usaha anda tidak akan sia-sia. Saya sangat menghargai kesetiaan dan keterbukaan. Selamat berkenalan.

Selamat malam, sekian setakat ini.