Bakal memulakan kehidupan di tempat baru. Tempat tinggal baru. Kerja baru. Orang-orang baru. Tiba masa untuk meletakkan keutamaan pada masa hadapan.
Kepada kehidupan masa lalu, terima kasih di atas pengalaman yang diberikan. Pengalaman gembira, terima kasih diatas kegembiraan yang mewarnai hari-hari. Pengalaman pahit, terima kasih diatas usaha untuk mendewasakan diri. Semoga kehidupan yang bakal bermula dapat ditempuhi dengan semangat daripada pengalaman lalu.
Kepada insan-insan yang pernah menjadi sebahagian daripada kehidupan lepas, semoga anda semua beroleh kebahagian dan ketenangan. Terima kasih diatas semua kenangan yang kita pernah lalui bersama, ia akan kekal menjadi sebahagian daripada diri. Maafkan diri sekiranya tidak pernah menghargai dan pernah menyakiti perasaan anda, mohon kemaafan dari hati. Sesiapa yang masih kekal menjadi watak dalam kehidupan baru, saya akan berusaha untuk lebih menghargai anda.
Saya akan menjadi manusia yang lebih kuat, lebih menghargai, lebih memahami dan lebih dewasa. Saya tidak akan mensia-siakan kehidupan baru yang saya akan mulakan. Cerita saya belum tamat, saya akan terus maju dan kembangkan cerita kehidupan saya ini. Saya juga akan lebih bertanggungjawab pada setiap keputusan yang saya lakukan. Semoga tuhan akan terus memberi saya kekuatan dan memberi petunjuk untuk saya meneruskan kehidupan.
P/S: kadang-kadang saya rasa sedih dengan apa yang saya telah lakukan pada diri sendiri. saya kurang menghargai diri sendiri, saya lupa pada perkara-perkara yang penting dalam hidup saya. Maafkan saya sekiranya saya mempunyai salah dan silap.