Hari yang indah.
Semenjak meniti hari menjadi seorang penganggur, semakin rajin mencurah emosi dan kata-kata. Hari ni, tiada sebarang aktiviti khusus. Jumpa kawan di Petaling Jaya. Tapi sebenarnya kalau ingin melakukan aktiviti, sekarang Putrajaya ada Festival Belia. Mungkin destinasi selepas ini. Kalau dah malas sangat, balik rumah, layan anime/drama. Itu memang sudah ada 'bekalan'. Tapi rugilah kalau tidak pergi Festival Belia, bukan selalu ada.
Bercakap pasal aktiviti-aktiviti, teringat masa dulu-dulu. Semasa di kampung, semua aktiviti menarik hanya mampu ditonton di kaca tv. Kemudian, berpindah ke Pulau Pinang untuk menyambung pelajaran. Mungkin mempunyai lebih banyak peluang. Tahun pertama, menyesuaikan diri. Tahun kedua sehingga tahun ke-empat, banyak aktiviti pada peringkat Universiti. Pencapaian palin menggembirakan, memenangi tiket untuk melihat konsert Jason Mraz! Pengalaman yang amat berharga. Kebanyakkan aktiviti masih tidak dapat dihadiri, sebab lokasi jauh di utara. Selepas habis belajar, berhijrah ke Putrajaya. Banyak aktiviti yang dianjurkan namun kekangan kerja menghadkan penglibatan, kian lama kian pudar keinginan menghadiri. Dunia, bila sesuatu itu jauh untuk dicapai, keinginan membuak. Tapi bila di depan mata, semakin pudar keinginan menglibatkan diri. Apa yang telah terjadi?
Remaja telah lama pergi, dewasa meningkat tinggi, harapan dan cita kian malap dari diri. Wahai diri, apa telah terjadi?
P/s: semasa mula menulis, semangat itu masih ada. Sekarang sudah pudar. Kerana? Diri tidak suka dipaksa dan tidak mahu terpaksa dalam membuat sesuatu perkara. 😩