♥♥Just about what I have gone through every day... So it will remind me of my life path up until now... I want to express it with words... My small brain can’t afford to keep it all... The language may 'Campur2' because it’s my diary after all... who will cares anyway??? XD♥♥

♥♥Life not always happen like you have planned.. Everyday there will be surprises happening in your life.. Treasure it.. Appreciate it.. It may not always happen.. And maybe will not happen again..♥♥


Daisypath Friendship tickers

Sunday, July 28, 2013

Bulan 7 di Kauluan

Macam malar pula mo menconteng di blog ni hujung bulan. Awal bulan di Penang, skrg di Sabah. Menikmati cuti sebelum menjadi pekerja di Penang. Jadi la tu kerja di Penang, skrg sibuk mau cari tempat tinggal seja.

Skrg hujung bulan sudah, macam2 mo buat. Mo kasi siap report intern. Macam malas mau buat. Paling lemah la kalau mau buat SWOT analysis (Strenght, Weakness, Opportunity, Threat), ragu2 ba mau buat. Takut melebih2 pula. Cheh, jujur laini konon? Nda kisah la, perlu kasi siap dalam masa 2 hari. Oh, jangan lupa cari tempat tinggal. Kena emel bos suda mo masuk kerja 2hb sept. selamat tinggal la Sabah. Nda tau bila lg balik ni. Babai.

Jangan cakap kerja la dulu. Ada sukan lg bulan 8, harom belum lagi trening. Pancit lg nnt. Kalau berdarah juga hidung ni tahun, nda tau la apa kejadian. Last suda sukan ni, kasi dapat la medal 1. Kalau dpt gangsa pun cantik sudah. Tapi kalau emas, lagila syukur. Trening tiada, mau emas. Puik. Start la trening bsuk. Jangan lupa, mo kasi turun berat badan! Gaaaaa. Mmg cari pasal kan ambil kategori yg lagi ringan. Ni tahun mo lawan berabis ni. Jangan nda puas hati. Kasi kalah atau kalah sndiri. Hahahah.

Skrg di rumah seja ni, layan perasaan dengar Redfm online. Lepas ni mau tidur la. Please lah bsuk jangan malas. Datanglah rajin. Hahahaha. Macam boleh kena seru2 pula kan?

P/S: aishhhh, mcm lama suda xp clubbing ni. Geng semua sudah berumah tangga, macamana kau? Yang bujangan saturang ni hilang arah. Smoga kamu berbahagia semua. Kasi doa juga saya k? Kekekeke.

End song: I Dont Want To Miss A Thing - Aerosmith

Sketsa Muka Bulan



Bulan, cantik dari jauh tapi siapa nampak keadaan sebenar? Kalau ikut buku sains, permukaan bulan berkawah-kawah. Bulan selalu kena puja-puja, sebenarnya bulan hanya seketul bintang yang dekat dengan bumi. Hidup dipuja kerana cahaya yang terang pada waktu malam, itu pun jasa matahari. Tapi bulan ada juga fungsi la. Kalau berdasarkan sains kita belajar di sekolah, dia berfungsi untuk menentukan pasang surut air laut. Kalau dalam kalendar, dia menentukan hari dalam kalendar islam dan cina. Kalendar lain, saya kurang pasti. Kalau bulan penuh, maknanya pertengahan bulan.

P/S: sebenarnya poin dia mo cakap muka semakin teruk, bukan 'secantik' bulan. Cantik bulan pun sebab matahari, pinjaman semata. Macam kawah permukaan bulan. Tangan gatal. Kasi luka muka. Padan muka.

Saturday, July 27, 2013

Sejenak

Selamat malam.

Tulisan malam ini sekadar mengisi masa yang terluang. Berbaring malas mendengar lagu yang menenangkan jiwa. *mama mengemas-ngemas, adik bertrip main kamera*

Genap 3 minggu berada di rumah. Asal terjumpa mak cik dan pak cik, semua sibuk bertanya.

"ko masih sekolah kaitu?"
"Dimana ko kerja skrg?"
"Ko masih lagi d kl"
(hakikat belajar di penang tapi malas mo kasi betul, tanah semenanjung tu kl seja yang ada kali.==)

Semua di jawab senyuman dan penjelasan saja. Nasib baik tidak di tanya soalan yang paling di geruni anak muda. (Bila ko mau kawin) Kalau dapat soalan begini, memang jawab dengan senyuman saja. Titik.

Sudah berfikir lama. Apa arah tuju selepas ini. Cari kerja di Sabah atau cari kerja di luar Sabah. Malas mau bincang kebaikkan dan keburukkan, nanti sakit hati sebab tiada kata putus dapat di capai. Besok harus mula mencari pekerjaan. Susah mahu mencari pekerjaan, risau tidak berkenaan dan menjana sakit hati. Tapi hidup harus diteruskan, isu kerja tidak boleh di abaikan. Mahu merangka mada hadapan, tapi sangat risau masa hadapan. Macam mana mahu melangkah ke hadapan? Sedar akan kelemahan diri yang di selubungi fikiran negatif. Terlalu risau sehingga tersekat lama di satu titik. 

Masa berada di rumah kurang daripada 2 minggu sahaja. Ini masa yang genting dalam membuat keputusan untuk meneruskan kehidupan.

P/S: komon Esther. Masa tidak selamanya akan menunggu. Langkah pertama harus di mulakan. Jangan ragu-ragu. 

Thursday, July 18, 2013

Resolution

Thanks to the dark and silent, I made new determination. Its not new, but I do hope this time for sure. I'm gonna make this happen. Guide and give me strength. I don't want to stray again. Its tiring. Really tiring.

Friday, July 12, 2013

Awal Pagi

Selamat pagi!

Tidak perlu buat terkejut. Sekarang sedang duduk dalam bas. Hari ini bangun awal atas sebab-sebab tertentu. Hari-hari biasa jangan haraplah begini awal. Bangun pagi adalah perkara paling sengsara dalam kehidupan. Paling susah dan paling malas.

Kalau sampai KK hujan memang parah. Tiada payung!

Pagi-pagi dengar lagu Jason Mraz memang menenangkan hati. Huh! Jom tidur dalam bas. Hahahaha