Hari terakhir bulan September...
Tiada yang menarik atau istimewa. Cuma teringat. Beberapa tahun kebelakangan ini, September adalah bulan puaka. Daripada tahun pertama berada di USM, sampai pada tahun sudah bergraduasi. September masih lagi 'panas' .
Mungkin kerana ini bulan bergraduasi, terlupa seketika aura September yang macam puaka. Walaupun terlupa, aura September memang panas. 4 tahun lepas, September dilimpahi kelukaan. 4 tahun kemudian, September adalah satu titik permulaan dalam kehidupan.
Oktober yang bakal tiba, pelihara lah hati daripada kelukaan, jauhkan diri daripada malapetaka, berikan rezeki dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan.
P/S: Tahun 2013 akan berakhir tidak lama lagi. Harus mula membuat perancangan untuk tahun 2014.
No comments:
Post a Comment