♥♥Just about what I have gone through every day... So it will remind me of my life path up until now... I want to express it with words... My small brain can’t afford to keep it all... The language may 'Campur2' because it’s my diary after all... who will cares anyway??? XD♥♥

♥♥Life not always happen like you have planned.. Everyday there will be surprises happening in your life.. Treasure it.. Appreciate it.. It may not always happen.. And maybe will not happen again..♥♥


Daisypath Friendship tickers

Monday, September 23, 2013

Bergraduasi

Seperti tajuk diatas. Ya, saya telah bergraduasi.

5 tahun lepas, saya tidak sangka saya berjaya masuk USM. 4 tahun lepas, hari pertama USM sangat memenatkan. 3 tahun lepas, bersama rakan-rakan menikmati hari-hari di USM. 2 tahun lepas, sibuk dengan aktiviti yang berlambak di USM sambil melihat rakan yang teruja menikmati tahun akhir pengajian. 1 tahun lepas, melihat rakan bergraduasi dan rasa sedih kerana masih di sini. Dan tahun ini, penantian berakhir. Selamat bergraduasi kepada saya.

Sukar untuk membayangkan keluarga akan datang pada hari graduasi. Dan bila sudah datang, hati jadi tamak. Mahu lebih. Tapi sedar, lebih itu tidak mungkin.

Terima kasih pada ibu dan adik saya yang datang pada hari konvokesyen saya. Terima kasih juga kepada ayah saya yang telah menaja pengajian dan perbelanjaan saya selama ini. Walaupun tidak hadir, atas sebab yang tidak boleh dielakkan. Tiada kata-kata indah, ringkas dan padat. Terima kasih.

Gembira? Serius. Rasa kosong. 

Kepada arwah nenek, 

inak, saya sudah grad. Ada juga ko nampak ba kan? Dulu ko suruh saya belajar sampai degree kan? Berjaya juga saya kasi habis 4 tahun. Tapi apa buli buat, ko tidak dapat datang. Saya mo kasitau yang saya belajar degree sebab dulu ko cakap sebelum saya pigi matrik yang ko mo saya belajar sampai degree, mo datang konvo saya kan....

Habis Sarjana Muda. Tidak tahu arah tujuan seterusnya. Dalam samar-samar, hanya berjalan tanpa arah.

P/S: terima kasih juga kepada kawan-kawan yang sudi datang pada hari graduasi. Sorry sebab tidak hadir pada hari graduasi kamu. Saya sedih sebab saya tidak pasti. Hari graduasi, hari gembira. Tapi maaf, saya tidak dapat merasakan secebis kegembiraan bergraduasi. Bukan sedih kerana meninggalkan universiti, tapi sayu kerana insan-insan yang saya harapkan hadir tidak ada di situ. 

Sedih itu terlalu hebat dan kegembiraan itu tidak ada.

No comments:

Post a Comment