Pertama kali dalam hidup. Bukan hal besar pun, hal kecik ja. Pertama kali, tidak semestinya susah tapi tidak bererti senang. Kalau berjaya, bererti cabaran lebih besar boleh di hadapi. Kalau gagal, jadikan ia pengalaman. Manusia tidak semestinya harus berjaya dalam cubaan pertama kerana kegagalan memberikan pengalaman yang bermakna. *okay, sudah mula mengarut. balik kepada tujuan asal.*
Tidak pernah menjangka perbualan PERTAMA KALI (lebih daripada 5 ayat) dengan teman serumah boleh menjadi sangat rumit. SANGAT. Kenapa boleh jadi rumit?
1. Bahasa - ini memang sangat rumit. Dari dulu lagi. Sudah terang lagi bersuluh, di bawah panas matahari lagi. Rupa saya macam orang cina. OK. Sebenarnya memang bapa saya Cina, itu tidak boleh di nafikan. Jadi, saya memang anak Cina. Cuma, saya bukan membesar dalam suasana keluarga Cina. Maka, bahasa pertuturan yang saya biasa guna, bukan lah bahasa Cina. Ramai orang yang keliru apabila mendengar saya bertutur dalam bahasa Melayu dengan fasih. Dan lagi ramai yang terkejut apabila saya bagitahu saya tidak pandai bertutur dalam dialek Cina melainkan Mandarin (yang itu pun lintang-pukang). "Kenapa kamu tidak bertutur dalam bahasa Cina?" , "Kenapa kamu bertutur dalam bahasa Melayu?" , dan bermacam jenis soalan sudah singgah ke telinga. Sebab kepada soalan utama tidak susah, tapi yang membuatkan benda jadi rumit ialah soalan susulan. Kadang-kadang hanya jawab dengan senyuman.
2. Topik - kebanyakkan topik yang keluar secara rambang boleh di bincangkan. Memang lah kurang membaca, kalau tiada apa yang boleh dikatakan, dengar pun bermanfaat juga. Kalau kena tanya, cakap lah tidak tahu. Senang. Tapi, kalau tanya pasal keluarga, ini memang rumit. Rasanya ini memang normal, sebab ini perkara peribadi. Ramai orang yang tidak kisah untuk bercerita, ada juga yang menyimpan rahsia. Saya? Lebih kepada bahagian 'tidak kisah'. Memang lah tidak kisah, cuma kadang-kadang malas mau menerangkan. Banyak juga yang faham, tapi rasanya yang kurang faham lagi banyak dan ini lah masa yang paling rumit. Ada yang berasa simpati, ada yang memahami dan paling memenatkan ialah yang tidak faham.
Nampaknya kemahiran berkomunikasi telah menjadi tahap kritikal.
No comments:
Post a Comment