Hello! Malam ini masuk malam ketiga berada di rumah. Sangat
tenang dan bunyi cengkerik, katak dan bermacam-macam binatang lagi kedengaran. Okay,
macam formal sangat. Tapi tidak apa, saya memang skema. Hahahaha. Sebenarnya kelmarin
petang saya telah masuk ke dalam hutan. Bukan lah pelik sangat tapi janggal
sebab lama tidak masuk ke dalam hutan. *rumah
dalam hutan, jadi memang tidak perlu lah masuk hutan lagi*
Selama sejam berada dalam hutan, saya hamper sesat. Berasa malu
dengan diri sendiri, saya membesar dalam hutan dan hutan telah menjadi
sebahagian daripada taman permainan dalam proses membesar tapi masih boleh sesat.
=.=’ Hutan juga menjadi sumber
kehidupan, tempat mencari nafkah dan tempat belajar erti berdikari. Saya ingin
berkongsi sedikit apa yang saya temui dalam hutan dan menjadi sumber kepada
nafkah saya semasa membesar.
“Mata Kerbau”
Ini merupakan salah satu cendawan yang saya selalu kutip dalam hutan sebagai sumber makanan dan juga sumber sara hidup. Nama sebenar tidak diketahui tapi arwah nenek memanggilnya Mata Kerbau, maka nama itu kekal tidak berubah dalam kamus hidup saya.
“Purak Mato”
Juga sejenis cendawan putih dan nama itu adalah terjemahan daripada bahasa Dusun yang bermaksud putih mata. Cendawan ini sangat lazim dan merupakan sumber utama pendapatan saya dahulu.
“Korong”
Cendawan yang agak lazim dan biasa dikeringkan untuk digoreng bersama sayur. Nama itu agak pelik dan ramai yang memanggilnya sebagai cendawan telinga. Tapi saya tetap menggunakan nama Korong kerana arwah nenek saya memanggilnya sedemikian.
Kulat Minyak
Okay, yang ini merupakan kesukaan saya. Sedap digoreng begitu sahaja dan memang agak berminyak. Juga merupakan kesukaan ramai orang kerana teksturnya yang agak lembut dan tidak liat.
p/s: saya membesar di hutan dan saya bangga kerana
berpeluang mempelajari dan mengenal tumbuhan dalam hutan. Sebenarnya masih banyak
sumber lain seperti Komburung, Kodop,
rebung, paku pakis, Lemiding/Lombiding,
Tongkat Langit dan sayur Molopo’o (juga dekanli sebagai paha-paha dalam kalangan orang Brunei). Nama
agak pelik tapi tumbuhan ini lah telah memberikan saya kehidupan, untuk makanan
dan sumber pendapatan. Saya agak merindui arwah nenek saya dan saya harap dia
tenang dan ditempatkan bersama orang yang beriman. J

