♥♥Just about what I have gone through every day... So it will remind me of my life path up until now... I want to express it with words... My small brain can’t afford to keep it all... The language may 'Campur2' because it’s my diary after all... who will cares anyway??? XD♥♥

♥♥Life not always happen like you have planned.. Everyday there will be surprises happening in your life.. Treasure it.. Appreciate it.. It may not always happen.. And maybe will not happen again..♥♥


Daisypath Friendship tickers

Tuesday, January 22, 2013

Sejam di Hutan

Hello! Malam ini masuk malam ketiga berada di rumah. Sangat tenang dan bunyi cengkerik, katak dan bermacam-macam binatang lagi kedengaran. Okay, macam formal sangat. Tapi tidak apa, saya memang skema. Hahahaha. Sebenarnya kelmarin petang saya telah masuk ke dalam hutan. Bukan lah pelik sangat tapi janggal sebab lama tidak masuk ke dalam hutan. *rumah dalam hutan, jadi memang tidak perlu lah masuk hutan lagi*

Selama sejam berada dalam hutan, saya hamper sesat. Berasa malu dengan diri sendiri, saya membesar dalam hutan dan hutan telah menjadi sebahagian daripada taman permainan dalam proses membesar tapi masih boleh sesat. =.=’  Hutan juga menjadi sumber kehidupan, tempat mencari nafkah dan tempat belajar erti berdikari. Saya ingin berkongsi sedikit apa yang saya temui dalam hutan dan menjadi sumber kepada nafkah saya semasa membesar.


“Mata Kerbau”

Ini merupakan salah satu cendawan yang saya selalu kutip dalam hutan sebagai sumber makanan dan juga sumber sara hidup. Nama sebenar tidak diketahui tapi arwah nenek memanggilnya Mata Kerbau, maka nama itu kekal tidak berubah dalam kamus hidup saya.




  “Purak Mato”
 Juga sejenis cendawan putih dan nama itu adalah terjemahan daripada bahasa Dusun yang bermaksud putih mata. Cendawan ini sangat lazim dan merupakan sumber utama pendapatan saya dahulu. 




“Korong”
 Cendawan yang agak lazim dan biasa dikeringkan untuk digoreng bersama sayur. Nama itu agak pelik dan ramai yang memanggilnya sebagai cendawan telinga. Tapi saya tetap menggunakan nama Korong kerana arwah nenek saya memanggilnya sedemikian.



Kulat Minyak
Okay, yang ini merupakan kesukaan saya. Sedap digoreng begitu sahaja dan memang agak berminyak. Juga merupakan kesukaan ramai orang kerana teksturnya yang agak lembut dan tidak liat.



p/s: saya membesar di hutan dan saya bangga kerana berpeluang mempelajari dan mengenal tumbuhan dalam hutan. Sebenarnya masih banyak sumber lain seperti Komburung, Kodop, rebung, paku pakis, Lemiding/Lombiding, Tongkat Langit dan sayur Molopo’o (juga dekanli sebagai paha-paha dalam kalangan orang Brunei). Nama agak pelik tapi tumbuhan ini lah telah memberikan saya kehidupan, untuk makanan dan sumber pendapatan. Saya agak merindui arwah nenek saya dan saya harap dia tenang dan ditempatkan bersama orang yang beriman. J

4 comments:

  1. After I spent a few hours searching for this mushroom (mata kerbau), I finally found one pic of it.. 'black mushroom, mushroom at sabah, mushroom at borneo, fungai, fungus.. none of it really help my searching process. Actually, I was searching for this mushroom because i just wanna show the pic to my friend. I told her that this mushroom are delicious.. one of my fav food indeed.

    Last-last to.. sy cuba la 'mata kerbau'... wah!!!! tidak sangka saya jump juga 1 gambar!!!! rupa2nya ada juga yang tau nama cendawan ni oh!!!! hahaha

    Ada juga korong ni.. kalo kami, 'korong' ni ada dua nama.. kami panggil sebagai 'tolingo pungit' jg.. sbb mcm telinga kelawar kan.. hehe ada juga kodop oh.. rebung tu kami panggil 'soko'.. wah.. I am very proud that we share the same 'name' of this food.. never thought that someone will remember the name of it.

    Stephen..

    ReplyDelete
  2. Hello Stephen, glad that you can share it with your friend. Banyak juga orang tau nama dia, tapi nda la p kasi share gambar. Disabah berhamburan kan. hahaha.

    Yang tolingo pungit tu, kami pun panggil itu juga.. tapi saya panggil korong sebab nda payah taip panjang2, saya taip masa saya dirumah tu hari, tekanan line taruk..hahaha.

    Yang kodop tu, saya nda jumpa. ni main sembarang masuk hutan seja jumpa ni..hahaha. lama nda p masuk hutan cari kulat, so nda tau suda mana tu spot2 dia.. yang rebung pula, rebung la kami panggil. Rebung tambalang atau rebung poring seja. Kalau tambalang yang bambu hijau biasa tu, kalau poring tu besar sikit bambu dia, ada warna purple sikit.

    Share the name of food sebab saya teringat arwah nenek saya masa di kampung tu hari, kebetulan cuti, so tulis2 la di blog. :)

    ReplyDelete
  3. Di Johor cendawan ini juga dikenali dgn nama cendawan mata kerbau dulu masa kecil selalu ikut emak ke kebun getah noreh banyak trdapat cendawan mata kerbau sayalah yg memungutnya.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di sabah kami juga panggil "mata kerbau", mengimbau memori 😌

      Delete