*entri tertunda
Selamat Hari Raya
Kepada saudara serta
saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang
mulia ini…..
Hari Raya Aidilfirtri. Tahun ini seperti tahun sebelumnya.
Beraya di kampung halaman. Sebenarnya saya tidak lah merayakan hari raya atau
secara spesifik, saya bukan beragama Islam. Tapi mama saya beragama Islam, jadi
dia lah yang merayakan perayaan ini bersama keluarga baru dia. Dan kenapa mama
saya beragama Islam dan saya tidak? Itu sangat komplikated untuk dihuraikan.
Sesiapa yang mengenali saya dan pernah bertanyakan struktur keluarga saya saja
yang faham.
Hari Raya Aidilfitri adalah antara perayaan yang paling
besar dalam hidup saya selepas hari lahir (okey, ini bukan perayaan) kerana
secara am nya merasakan Tahun Baru Cina dan Krismas adalah tidak sepenting Hari
Raya Aidilfitri. Kenapa? Gerak hati.
Walaupun ini adalah perayaan yang paling besar, sebenarnya
tiada rutin yang saya buat pada pagi raya. Sama seperti hari biasa, bangun
lewat, termenung seharian dan kalau bernasib baik ada lah kawan-kawan yang
membawa melawat rumah terbuka. Cuma perasaan berbeza dan bercampur-baur atas
sebab yang kurang di ketahui atau memang tidak mahu di ambil tahu.
P/S: Jalani hidup dengan mudah. Hidup ikut gerak hati dan
sesekali lojik akal. Kamu boleh cakap saya tidak ‘ambitious’ dan kerana itu
saya tidak pernah dapat lebih. Hanya cukup-cukup saja.
No comments:
Post a Comment