♥♥Just about what I have gone through every day... So it will remind me of my life path up until now... I want to express it with words... My small brain can’t afford to keep it all... The language may 'Campur2' because it’s my diary after all... who will cares anyway??? XD♥♥

♥♥Life not always happen like you have planned.. Everyday there will be surprises happening in your life.. Treasure it.. Appreciate it.. It may not always happen.. And maybe will not happen again..♥♥


Daisypath Friendship tickers

Saturday, October 19, 2013

MASUM

MASUM 2013 - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Ogos 2013.

Tahun terakhir mengikuti Majlis Sukan Universiti Malaysia sebelum bergraduasi. Salah satu matlamat untuk mengikuti pertandingan ini 4 tahun berturut-turut berjaya dicapai (walaupun pada tahun ketiga tidak mewakili USM kerana sukan ini tidak dipertandingkan). Tahun ketiga hanya mengikuti SUKIPT (Sukan Antara IPT) di Universiti Kebangsaan Malaysia. 

Tahun pertama, MASUM diadakan di Universiti Teknologi Mara, Arau Perlis. Pengalaman pertama mengikuti pertandingan karate peringkat universiti. Kontinjen USM hanya menghantar 7 orang pelajar untuk sukan karate dan kami meraih 4 pingat perak (saya salah seorang penyumbang pingat perak, yeay). Sensei (coach) dan rakan Senior dari Sabah tidak percaya kerana berdasarkan prestasi lampau, saya memang tidak berpotensi untuk menang. Hahahaha. Nasib menyebelahi saya. Saya percaya, jika saya lebih berpengalaman, saya boleh mendapat pingat emas. Ini bukan mahu meninggi diri, tapi saya hanya kalah tipis dan kalah kerana kekurangan pengalaman. Peserta pada tahun tersebut juga agak kurang kerana kebanyakkan atlet membuat persediaan untuk SUKMA (Sukan Malaysia). Kenangan sukan yang manis pada tahun pertama.

Tahun kedua, MASUM dijalankan di Universiti Putra Malaysia. 10 orang pelajar mewakili sukan karate dan kami meraih 2 pingat perak dan 2 pingat gangsa. Saya dan kumpulan kumite wanita meraih gangsa. Tahun ini, saya menyambut hari jadi ke-21 bersama rakan sepasukan. Terima kasih Izwan Shah atas sambutan hari jadi dan hadiah. Tahun ini merupakan tahun paling bergembira untuk pasukan karate, bukan kerana menang besar tapi kami meluangkan banyak masa bersama. Sambutan hari jadi dan sesi karaoke di The Mines dan sesi meluncur ais di Sunway Pyramid. Saya, Izwan dan Vun (atlet olahraga) pergi menonton pertandingan akhir Maharaja Lawak dan tiket di taja oleh Deidre, yeay! Tahun yang sangat meriah! Sambutan hari jadi yang paling mengharukan.

Tahun ketiga, SUKIPT di Universiti Kebangsaan Malaysia. Tahun paling simple. 8 orang wakil karate dan kami hanya meraih 1 perak. Tapi tahun ini saya berasa puas hati kerana berpeluang berdepan dengan wakil Malaysia. Walaupun kalah, itu adalah satu pengalaman yang sangat berharga kerana sebelum ini tidak berpeluang berdepan dengan mereka disebabkan kategori berat yang berlainan. Saya juga berasa gembira kerana berdepan dengan wakil Sabah. Saya tidak mampu menahan senyum dan dia pun tersenyum semasa perlawanan. (saya memang ada tabiat yang kurang bagus semasa berlawan, saya pandai senyum. Hahaha) Tahun yang ringkas tapi menarik. Lepas habis acara di Universiti Kebangsaan Malaysia, saya terus ke Universiti Teknologi Petronas untuk menghadiri program Sekretariat Rukun Negara. (datang pula masa makan malam, memang terbaik.)

Tahun keempat, tahun terakhir, di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. 9 orang wakil dan pertama kali kami meraih pingat emas sumbangan Lim Chee Wei (kata). Secara keseluruhan, kami meraih 1 pingat emas, 2 pingat perak dan 3 pingat gangsa. Tahun ini saya meraih 2 pingat gangsa! Catatan peribadi. :) Tahun yang mencabar dan tahun terakhir untuk 4 orang wakil karate yang setia daripada tahun pertama (saya, Ain, Jasper dan Cheng Wei Han). Tahun ini saya tidak mengalami sebarang kecederaan tapi Jasper patah hidung! Kami semua sangat terkejut sebab ini pertama kali atlet karate mengalami kecederaan yang serius. (ok, masa SUKIPT, ada seorang wakil yang mengalami kecederaan kaki serius, terlepas tendon! @.@!) Tahun terakhir, adalah yang paling manis. Walaupun kurang latihan disebabkan gastrik, saya dapat memberikan yang terbaik untuk pertandingan kali ini. Syabas rakan-rakan. :)


MASUM 2010 - UiTM Arau, Perlis *tanpa Alex*

MASUM 2010 - UiTM Arau, Perlis *tanpa Ching Ling dan Choon Siang*

MASUM 2011 - Universiti Putra Malaysia, Serdang 

Meluncur Ais di SUnway Pyramid *tanpa Jasper, Faizan dan Thesigan*

SUKIPT 2012 - Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor 

MASUM 2013 - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak

Hari pertama kejohanan di Dewan CAC , Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. 

No comments:

Post a Comment