Hello! Terasa mo menulis lagi ni hari. Hari ni saya memang tau apa saya mo tulis. yeay. hahaha
Ok. Semalam saya online, nda ingat pula pasal apa tu saya buka youtube. eh. Tgk muzik video Alicia Keys - Tears Always Win. Lepas tu saya tertarik untuk tengok Tegar. Bukan lagu Rossa yang lama tu, tapi penyanyi yang dari Indonesia.
Saya rasa, lagu dia boleh jadi popular sebab kebanyakkan orang dapat merasakan kesusahan yang disampaikan dalam lagu dia tu. Bagi saya, lagu yang bagus adalah lagu yang universal. Universal bermaksud dapat diterima umum dan subjektif. Kamu boleh suka lagu sebab muzik dia, susunan lirik, etc. Dan untuk lagu Tegar - Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang, lirik dia yang mudah difahami dan senang kita kaitkan pada kehidupan manusia secara umum yang menarik perhatian. Itu pendapat saya. Dan bagi saya, lagu itu ok. Melihat daripada personaliti Tegar daripada video-video dan temubual, dia memang agak aktif, kreatif dan periang. Positif.
Move on. Terjumpa klip Indonesian Idol. Peserta menyanyi lagu Dewa 19, depan Ahmad Dhani, lagu, Pupus. Main gitar, salah chord. Nyanyi, suara tinggi. Hurm. Ahmad Dhani main gitar, terus saya mau pengsan. Ok. I'm a big fan of Dewa 19! Lagu semua memang best! Ahmad Dhani? Pergh, suara dia memang kesukaan! "Aku cinta padamu sampai mati~" , deylang~ hahahaha. By the way, itu petikan lirik lagu Dewi k? kekekeke.
Okay, marathon random belum habis. Tejumpa Vitas! Yeay! Ini baru lah. Nama gelaran dia 'Prince of Dolphin', suara dia, tinggi! Kalau dalam bahasa muzik, saya tidak tau. hahaha. Mcm dia tulis falseto dia tinggi, oktaf dia pun tinggi. Apa maksud? Saya tidak tau. Hahaha. Lagu dia Opera No. 2 paling sedap! Lagu baru dia pun best, I'll Give You The World. Sila la search sendiri. *rupa boleh tahan, tapi sorry k? ada anak sudah. hahaha *
Sudah la, cukup. mari tidur. :)
No comments:
Post a Comment