♥♥Just about what I have gone through every day... So it will remind me of my life path up until now... I want to express it with words... My small brain can’t afford to keep it all... The language may 'Campur2' because it’s my diary after all... who will cares anyway??? XD♥♥

♥♥Life not always happen like you have planned.. Everyday there will be surprises happening in your life.. Treasure it.. Appreciate it.. It may not always happen.. And maybe will not happen again..♥♥


Daisypath Friendship tickers

Wednesday, October 16, 2013

Isu Agama

Selamat bertemu kembali. Setelah sekian lama merepek perihal diri, hari ini ingin mengulas sedikit isu semasa. Keinginan berbicara membuak. Ruangan 'mukabuku' tidak sesuai untuk mengutarakan pendapat. Khuatir akan mengganggu, mengguris atau menyinggung perasaan rakan-rakan yang tidak sependapat. Maka, ini adalah ruangan khusus berkongsi pendapat diri. Bukan bermaksud untuk menafikan atau menentang, cuma pendapat individu.

Court says the Catholic Herald newspaper is banned from using Islamic term, in ruling that affects other publications. - Al Jazeera 

(http://www.aljazeera.com/news/asia-pacific/2013/10/malaysian-court-allah-muslim-only-word-2013101434515414336.html)


A Malaysian court has ruled that non-Muslims cannot use the word Allah to refer to God, even in their own faiths, overturning a 2009 lower court ruling. - BBC News

Malaysian court rules use of 'Allah' exclusive to Muslims - Reuters

Selama ini (sehingga 2009), tidak terdapat isu dalam penggunaan perkataan 'Allah' dalam kalangan rakyat di Malaysia (setahu saya). Di negeri kelahiran saya (Sabah), mereka yang beragama Islam dan Kristian boleh hidup bersama tanpa krisis dalam perkataan (Allah) yang sering digunakan dalam doa kedua-dua agama tersebut. Pada pendapat saya, ini adalah salah satu pemikiran yang diterap dalam agama yang di anuti masing-masing yang menggalakkan individu untuk menghormati individu tanpa mengira agama dan bangsa lain.

Saya bukanlah seorang yang berpengetahuan agama dan secara umumnya, saya tidak menganuti agama tertentu pada ketika ini. Cuma hati rasa sedih dan terkilan melihat perkara yang selama ini tidak mendatangkan masalah telah di jadikan masalah. Tidak salah anda mempersoalkan sesuatu perkara, tapi jangan sampai mendatangkan kemudaratan. Sejak isu ini timbul pada sekitar 2009, masyarakat mula sedar dan bertanya akan perkara yang selama ini mereka boleh terima dan ada yang mula rasa perkara ini tidak boleh diterima (penggunaan perkataan 'Allah' bagi agama Kristian). Ini bukan perkara yang buruk kerana melalui isu ini, masyarakat mampu memahami/mendalami agama masing-masing untuk mendapatkan kebenaran mengenai penggunaan perkataan tersebut (Allah). 

Namun, keputusan mahkamah pada 2009 yang membenarkan pengunaan perkataan tersebut (Allah) dalam penerbitan The Herald telah mencetuskan kekacauan. Banyak gereja di Malaysia yang telah di serang untuk memprotes keputusan tersebut. Satu titik permulaan krisis berteraskan agama bermula di Malaysia. 

Benarkah penggunaan perkataan 'Allah' hanya khusus untuk Muslim sahaja? Ini bermain di benak fikiran.

Secara kronologi, agama Kristian telah wujud dan di amalkan di seluruh dunia sebelum kedatangan agama Islam. Ini dibuktikan melalui sejarah dan kajian yang dilakukan mereka yang khusus dalam bidang ini. Saya sendiri pernah menyoal diri, agama mana yang benar dan berbagai jawapan yang saya dapat daripada kedua-dua penganut agama tersebut. Penjelasan mereka membantu saya memahami kedua-dua agama ini dengan lebih baik. Terima kasih kepada rakan-rakan dan individu yang sudi menerangkan perkara ini pada saya.

Malaysia adalah negara yang sangat unik. Berbilang bangsa dan agama. Secara permukaan, negara ini masih aman kerana rakyat Malaysia mengamalkan sikap bertoleransi dan bertolak ansur. Apa yang menyedihkan, terdapat sesetengah pihak yang cuba menimbulkan kekacauan dengan menggunakan sentimen yang sensitif dalam kalangan rakyat Malaysia. Tahap pemahaman setiap individu adalah berbeza namun rakyat Malaysia dapat hidup bersama kerana budaya menghormati antara satu sama lain masih menjadi teras dalam kehidupan. Tapi ini semua mungkin akan tinggal kenangan dan menjadi salah satu era dalam sejarah Malaysia. 

Wahai rakyat Malaysia. Marilah kita ketepikan sementara isu yang memecahkan perpaduan. Marilah berdoa agar kebenaran dan segala rintangan yang melanda negara ini dapat ditangani dan diselesaikan dengan cara yang sebaik mungkin. Semoga pemimpin bersatu-padu dalam kesejahteraan negara dan rakyat jelata. Semoga rakyat bersatu-padu dalam menghadapi krisis yang semakin menular dalam negara ini. 

P/S: Teringat semasa di sekolah rendah, setia dan yakin pada tajuk syarahan yang disampaikan, 'Perpaduan dan Muhibah'. Menggunakan tajuk yang sama selama tiga tahun berturut-turut dalam pertandingan syarahan peringkat bahagian dan setiap isi dikarang dan diperbaik oleh cikgu Jamilah, guru bahasa melayu pada ketika itu. Walaupun kalah pada tahun pertama kerana kurang pengalaman, berjaya masuk ke peringkat akhir pada tahun ketiga berkat usaha dan kerja keras cikgu pada ketika itu. Dan rezeki pada tahun ketiga, berjaya terpilih untuk mewakili bahagian untuk mara ke peringkat negeri untuk menyampaikan syarahan. Daripada 18 peserta yang bertanding, hanya mampu mendapat tempat ke-9. Faktor kekalahan? Penyampai tersilap dan mengulang kembali teks syarahan. Secara keseluruhan, hanya seorang penyampai yang membuat kesilapan itu namun kemantapan teks syarahan membolehkan peserta itu mendapat tempat ke-9. Bagi saya, itu membuktikan bahawa teks tersebut memberi impak kepada para juri sehingga ketua juri menyebut secara spesifik mengenai peserta tersebut. Sehingga kini, saya masih yakin terhadap teks syarahan tersebut. Perpaduan dan muhibah adalah kekuatan pada Malaysia. 

No comments:

Post a Comment