♥♥Just about what I have gone through every day... So it will remind me of my life path up until now... I want to express it with words... My small brain can’t afford to keep it all... The language may 'Campur2' because it’s my diary after all... who will cares anyway??? XD♥♥

♥♥Life not always happen like you have planned.. Everyday there will be surprises happening in your life.. Treasure it.. Appreciate it.. It may not always happen.. And maybe will not happen again..♥♥


Daisypath Friendship tickers

Sunday, December 9, 2012

First day - Vietnam

First day at Vietnam. I was so excited since this is my first time out from Malaysia. What makes it more meaningful is this a volunteerism trip with 5 other participant from other university in Malaysia. 

Okay, cukup berbahasa inggeris. Agak janggal disitu. Pagi ni bangun agak lewat sebab tidur pun agak lewat, so faham je la k? :) Setelah sekian lama, ini merupakan kali kedua berada di KLIA, menaiki MAS. Perasaan itu adalah sangat awesome! Cuba untuk tidur semasa dalam pesawat, tetapi banyak halangan. Dan apabila pramugara agak tekanan disitu, anda harus banyakkan bersabar.

Setibanya kami di lapangan terbang Tan Sohn Nhat, kami disambut oleh Mr Vu daripada Youth Union Council Vietnam. Dia sangat peramah dan berusaha sedaya upaya untuk membantu kami. Impresi: rakyat Vietnam sangat mesra dan peramah. Sila jangan salah sangka, walaupun anda berada di Vietnam namun keadaan disini membuatkan anda merasa yang anda berada di Malaysia. Ini disebabkan oleh kebanyakkan orang Malaysia datang ke Vietnam untuk membeli belah. 

Kami dibawa ke ibu pejabat Youth Union Council Vietnam untuk menurunkan segala barangan. Selepas itu kami bertolak ke sebuah tempat yang terdapat kedai makan orang Malaysia. Tidak lupa juga kepada En Helmi yang sudi membantu dan membawa kami disekitar bandar Ho Chi Minh. Kami berkesempatan untuk pergi ke Tax mall (tak berapa nak ingat nama tempat) untuk membeli barangan keperluan dan harga barangan agak murah disini. Maka, tidak hairanlah kalau rakyat Malaysia berpusu-pusu datang kesini kerana penduduk Vietnam sangat mesra dan ada diantara mereka yang telah mempelajari beberapa perkataan bahasa melayu. Strategi perniagaan yang agak bagus. Sangat impresif! ;)

Setelah mendengar penerangan tentatif program daripada Mr Vu dan Mr Son, kami bertolak ke Vinh Loc B. Perjalanan tidak lah jauh, cuma keadaan jalan yang agak sesak melambatkan masa untuk sampai dan sempat melelapkan mata dengan pose yang agak melampau. Hahaha. Sesampainya kami di Vinh Loc B, disambut dengan tangan yang terbuka oleh tuan rumah dan juga ahli Youth Union Council disini. Keadaan rumah yang bersih dan tuan rumah agak peramah. Sangat kagum dengan semangat dan keterbukaan yang ditonjolkan. Makan malam agak lambat kerana menunggu rakan-rakan kembali daripada pasar untuk membeli barangan makanan. Sementara itu, kami sempat bermain beberapa permainan dan berkongsi cerita. Walaupun kami agak terbatas dalam komunikasi namun kegembiraan tetap dirasai. Badan penat tapi hati dan jiwa gembira. :) Tidak sia-sia keputusan yang dibuat untuk datang menyertai misi ini (Misi Sukarelawan Yayasan Sukarelawan Siswa Malaysia) walau banyak dugaan yang dihadapi sebelum sampai ke Vietnam. 

Walau hati terasa sedikit sayu, sikap positif penduduk Vietnam, Youth Union Council dan tuan rumah mengubat kewalangan hati yang mungkin menjejaskan keadaan jika dibiarkan berpanjangan. Segaris senyuman, keramahan suasana, sikap yang suka membantu, sabar dan sifat sukarelawan yang tinggi menyentuh hati. Hari pertama yang penuh makna, membuat diri lebih bersemangat untuk menhadapi hari mendatang. Terima kasih kepada rakan-rakan daripada Misi Sukarelawan Yayasan Sukarelawan Siswa Malaysia dan sukarelawan daripada Youth Union Council kerana membantu dan bekerjasama dalam menjayakan perjalanan program pada hari pertama. 

P/S: ini merupakan diari peribadi untuk merakamkan segala aktiviti dan pengalaman serta perasaan dalam menjalani Misi Sukarelawan Yayasan Sukarelawan Siswa Malaysia. Tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak dan ini adalah lebih menjurus kepada catatan peribadi semata. Ingin menulis lagi banyak namun masa kurang mengizinkan, perlu tidur sebab pagi esok kena pergi ke pasar, selamat malam.Chúc ngủ ngon!

No comments:

Post a Comment