Bukan cerita untuk angkat bakul sendiri, sekadar ingin melampiaskan kemusykilan. Dari dulu, beberapa orang kawan sering mencari saya untuk meluahkan masalah mereka. Membuatkan saya tertanya, apa yang membuatkan mereka begitu percaya pada saya dan sudi berkongsi masalah dan luahan. Terbit juga rasa gembira kerana mereka sudi berkongsi kisah dengan diri ini. Bila kita mendengar luahan masalah dan situasi orang lain, kita dapat membuka mata dan minda kepada sudut perspektif yang berbeza dalam kehidupan. Tidak semua manusia itu sempurna, dan setiap cela yang ada pada diri bukanlah penghalang untuk kita menjadi lebih baik. Mereka mampu menenangkan perasaan, dan saya mampu mengambil iktibar daripada pengalaman. Kawan-kawan, maafkan daya jika ada ketikanya saya tidak membalas mesej atau panggilan anda. Saya tidak berniat untuk mengelakkan diri, hanya masa dan keadaan kurang mengizinkan. Jika punya kesempatan dan ruang, saya pasti sedia mendengar dan membantu seboleh mungkin. Harap kamu tidak tersinggung.
P/S: cerita habis, hahaha. sekadar coretan petang-petang dengan mata layu mahu lelap. ;)
No comments:
Post a Comment