Dan hari ketiga telah melabuhkan tirai. Dengan muka yang sangat tidak segar, bangun pagi bukan lah aktiviti yang disukai. hahahahaha. Seawal jam 7.30am, kami telah menuju ke sekolah rendah yang ada disini (lupa nama sekolah, susah nak ingat dan sebut :P ). Berjumpa dengan kanak-kanak sekolah rendah yang bersemangat menyanyikan lagu kebangsaan Vietnam dan lagu sekolah, comel sungguh. Dengan gigih mengangkat kerusi plastik merah kecil sebagai tempat duduk semasa perhimpunan. Mereka sangat 'excited' melihat orang asing datang ke sekolah mereka. Melihat kepada kegigihan dan kegembiraan pada wajah mereka, teringat pada zaman sekolah rendah. Sangat ironi.
Kami bermesyuarat dengan cikgu sekolah mengenai jadual untuk mengajar bahasa inggeris. Setelah berbincang, kami akan mengajar atau sebenarnya lebih kepada membantu cikgu-cikgu dalam kelas mereka. Fokus kami lebih kepada membantu dalam sebutan bahasa inggeris. Bahasa Vietnam sangat unik kerana mereka mempunyai intonasi tertentu untuk menyebut perkataan dan ianya agak berbeza dengan bahasa Malaysia dan Inggeris secara amnya. Selepas itu, kami bertolak ke sekolah menengah rendah yang terletak berdekatan dengan tempat tinggal kami sekarang. Agak janggal melihat pakaian seragam yang agak berbeza yang kita biasa lihat di Malaysia, ianya agak menarik. Kami juga mendapat tahu yang pelajar akan menghadapi peperiksaan bermula daripada jumaat ini (14/12/2012), dan kami terpaksa mengatur kembali jadual aktiviti yang disediakan. Pulang kerumah pada tengah hari dan seperti biasanya, terkulai layu. Hahaha.
Makan tengah hari yang sangat ringkas, dan selepas itu kami mula membaca buku untuk mendapat idea mengenai apa yang dipelajari oleh pelajar di sekolah dan cuba mengawal kelas bermula pada keesokkan harinya. Buku? Baca separuh dan mata macam kena gam! Pada masa tu, saya telah mencadangkan kami bermain 'heart attack'. Permainan kad yang sangat menarik dan memerlukan konsentrasi tinggi! Tapi, sikap sukar diubah. Bila sudah penat dan tiada benda untuk dilakukan, tidur lah! :P
Bangun petang, bersiap pergi menonton perlawanan bola. Hahahaha. Mampu tengok saja lah. Ahli tidak cukup. Bersorak sakan! Hahahaha. Perangai sebenar terserlah. Menyorak, menjerit, ketawa dan sebagainya. Mak cik dan penduduk sangat 'sempoi', semua boleh bergurau senda dan sangat gembira dalam kehidupan mereka. *sekurang-kurangnya yang saya boleh nampak*
Malam? Makan malam juga sangat ringkas. Kami banyak berbincang mengenai modul yang akan di gunakan esok dan sampai sekarang masih terkebil-kebil. Kebanyakkan mereka yang lain telah tidur dan masih ada beberapa yang masih bangun. Mata dah layu, rasanya sudah sampai waktu untuk mengucapkan selamat malam pada malam ini.
P/S: analisa beberapa hari ini.
1. Wanita Vietnam sangat gigih dan cekal.
2. Mereka sangat positif dan mesra.
3. Hubungan kekeluargaan sangat diutamakan.
4. Berdasarkan pemerhatian beberapa pelajar sekolah, saya mendapati mereka tidak menghadapi masalah dalam tatabahasa inggeris cuma tidak yakin menggunakannya sebagai komunikasi.
warghhhhhhhhhhhhhhhh...sangat mengantuk. esok kena bangun awal untuk pergi ke sekolah. selamat malam. :)
No comments:
Post a Comment