♥♥Just about what I have gone through every day... So it will remind me of my life path up until now... I want to express it with words... My small brain can’t afford to keep it all... The language may 'Campur2' because it’s my diary after all... who will cares anyway??? XD♥♥

♥♥Life not always happen like you have planned.. Everyday there will be surprises happening in your life.. Treasure it.. Appreciate it.. It may not always happen.. And maybe will not happen again..♥♥


Daisypath Friendship tickers

Monday, December 10, 2012

Second day - Vietnam

Hello! Dan hari ini telah berlalu dengan jayanya. Hari kedua berada di Vietnam, atau lebih spesifik, Vinh Loc B. Hari bermula dengan huru hara. Lambat bangun! hahahahaha. Sepatutnya membeli barang dipasar, masih membeli barang tapi agak lewat sedikit. Pasar? Perghhhhhh. Wahai rakyat Malaysia, kalau tidak bersyukur selepas melihat senario pasar disini, memang tidak tau apa lagi mau cakap. Bukan teruk, cuma unik dan 'berlainan' dengan konteks Malaysia. Senario seperti ini pasti tidak kelihatan di Malaysia, dan saya bersyukur kerana dapat melihat keadaaan ini. Makan sarapan dan bersiap untuk ke tapak sejarah. Tapak sejarah ini untuk memperingati jasa wanita yang telah terkorban dalam peperangan Vietnam-Amerika. Malam tersebut telah meragut nyawa wanita Vietnam yang membantu askar pada ketika itu. Kami dijamu ubi kayu dan menonton video dokumentari dalam bahasa Vietnam dan sangat syahdu walaupun tak faham. Lepas tu kami bertolak ke rumah salah seorang wanita yang terselamat pada malam itu dan dijamu lagi dengan buah-buahan tempatan! *perghhhhhh,makan saja!* Destinasi terakhir pada hari ini, kebun sayur. 

Sampai rumah lebih kurang jam 1 pm. Memang lapar! Tertidur di buaian, penat! Lepas makan? Tidur lagi. Memang hari bertiduran. Semua bergelimpangan. Hahahaha. Makan malam? disediakan oleh tuan rumah. pesta kerang dan dapat rasa bubur ayam yang sedap. Makan dengan gembira. ......

P/S: OMG, mata sekarang rasa sangat berat! tadi lepas kemas souvenirs, berbincang dengan beberapa rakan-rakan. Masing-masing punya cerita tersendiri. sangat menarik. tapi sekarang memang sangat mengantuk gila-gila. serius! 

No comments:

Post a Comment