♥♥Just about what I have gone through every day... So it will remind me of my life path up until now... I want to express it with words... My small brain can’t afford to keep it all... The language may 'Campur2' because it’s my diary after all... who will cares anyway??? XD♥♥

♥♥Life not always happen like you have planned.. Everyday there will be surprises happening in your life.. Treasure it.. Appreciate it.. It may not always happen.. And maybe will not happen again..♥♥


Daisypath Friendship tickers

Friday, December 14, 2012

Fourth, fifth and sixth day - Vietnam

Hello! Tertinggal laporan dalam diari selama 2 hari. Hahahaha. Hari keempat tertinggal sebab giliran saya untuk menulis laporan harian. Agak sibuk untuk menyusun kata-kata untuk dihantar kepada penganjur/Yayasan Sukarelawan Siswa. Kalau merepek, tiada masalah. Tapi kalau formal, perlu teliti dan perah otak yang hampir kering. Hari kelima tidak sempat menulis kerana internet tidak memberikan kerjasama yang diharapkan. Hahahaha. Okay, kita teruskan pada hari-hari yang telah tertinggal :)

Hari keempat
Hari pertama menghadirkan diri ke sekolah sebagai fasilitator. (Tak mampu mengaku cikgu, teruk gila. Hahaha) Agak cuak. Sebab takur nanti mengamuk dalam kelas. Hahahah. Kami dipecahkan kepada dua kumpulan dan saya satu kumpulan dengan Syafiq dan Na'em. Memang sesuai dengan mereka sebab mereka agak hyper dan saya agak kekok untuk mengajar. Boo! Kelas pertama, huru-hara. Kelas kedua lagi parah, saya bersendirian! Kelas ketiga momentum telah meningkat. Mampu mengendalikan kelas dengan agak lancar. Kelas keempat, bersuka-ria. Semua dalam satu kelas memang kucar-kacir. Stesen TV Ho Chi Minh datang meninjau keadaan. Iqbal dan Dibah telah ditemu ramah. Penyelia daripada Yayasan Sukarelawan Siswa datang untuk meninjau keadaan kami. Balik rumah dan dijamu dengan ikan goreng yang 'super sedap' hahahaha. Kembali ke sekolah dan menjadi fasilitator. Sehari yang sangat memenatkan. Tiada tidur petang, sakit kepala dan 'weng'. Terbaik sekali? Bila kena membuat laporan. Dan memang sangat pening menyusun ayat. Tertidur di ruang tamu dan memang memalukan sebab cara tidur memang sangat 'sparta'. huhuhuh..

Hari kelima
Bangun pagi dengan kepala yang sangat berat. Dan sambung membuat laporan yang tidak siap. Hari ini saya dengan Syafiq pergi ke sekolah rendah, dekat dengan pasar. Yeah! Dapat naik motor dengan mamat comel. Boo! Hahahahaha. Niat tidak bagus disitu.. ;) Dan lupakan seketika itu, kami sangat cuak kerana masih trauma di sekolah menengah dan tiba-tiba pindah ke sekolah rendah. Fuh! Agak kekok sebab tidak tahu macam mana hendak mengawal kanak-kanak. Tapi apa yang pasti, mereka sangat comel! Sangat! Macam rasa nak cubit. Nasib baik anak orang. Hahahaha. Kami pergi ke pasar untuk membeli barangan dapur dan kali ini memang sempat meninjau dengan lebih teliti keadaaan di pasar. Balik ke rumah dan memasak makan tengah hari untuk rakan-rakan yang balik agak lewat daripada sekolah menengah. Petang tersebut kembali semula ke sekolah rendah dan kami menggunakan pengajaran yang paling ringkas, ABC. Hahahaha. Dan pada hari ini dalam sejarah, perasaan artis yang dikerumuni peminat sangat dirasai. Budak sekolah rendah mengganas untuk meminta tandatangan. Perghhhhh. Dan sekali lagi terasa ingin mengamuk kerana sesak nafas dikerumuni kanak-kanak. Nasib baik anak orang. Hahahahaha. Balik rumah, makan, gelak ketawa di Vinh Loc B commune bersama belia, jumpa mamat comel yang hantar pagi-pagi, dan tidur awal. :P (lupa, tapi part tidur awal tu memang awal. ;) )

Hari keenam
Hari ini kembali ke sekolah menengah. Entah kenapa asyik cuak. Saya memang bukan dilahirkan untuk menjadi cikgu ni. hahahahaha. Balik tengah hari, makan dan tidur! Hahahahaha. Kalau sudah tidur, memang lupa dunia. Pergi sekolah, rutin jadi cikgu dengan kepala macam masuk angin. Petang tadi jadi artis sekejap. Tak ramai pelajar yang kenal. Petang tadi, cikgu-cikgu telah mengadakan jamuan perpisahan. Bagi saya, itu lebih kepada untuk mendapatkan respon dan ingin tahu mengenai pendapat dan pandangan kami mengenai pelajar mereka serta cadangan penambahbaikkan. Perasaan bercampur baur. Kami dapat kad daripada pelajar. Sangat comel dan terharu. :') Pulang dengan hati yang gembira. Besok kami akan ke rumah 'Heroes Mother'. Mengecat dan membaiki rumah. Pergh. Macam menarik. Petang pula akan ke pangkalan tentera, tapi rasanya hanya berada di luar kawasan. :) Sekarang, rakan yang lain hanya menonton filem "The Apple of My Eyes". Tidak berminat untuk turut serta. Lupa untuk sebut, hari ini kami hanya makan sayur. Ini kerana hari ini merupakan hari pertama dalam kalendar lunar. Ini merupakan tradisi orang Vietnam. Walaupun kurang pasti kenapa harus berbuat begitu, makan sayur memang bukan masalah besar. Tanpa daging, tiada masalah. Tanpa ikan, ok. Tanpa sayur? Sangat tidak 'best'!

P/S: Hari ini telah berjaya mengaktifkan plan BB. Yeah! Hidupku tidak lagi boring. Hahahaha. tapi masalah mungkin akan disebabkan terlalu fokus kepada BB. :P Ok la, sekian la coretan panjang-panjang ni. ;) *mungkin akan tidur awal pada malam ini juga. ;) *

No comments:

Post a Comment