♥♥Just about what I have gone through every day... So it will remind me of my life path up until now... I want to express it with words... My small brain can’t afford to keep it all... The language may 'Campur2' because it’s my diary after all... who will cares anyway??? XD♥♥

♥♥Life not always happen like you have planned.. Everyday there will be surprises happening in your life.. Treasure it.. Appreciate it.. It may not always happen.. And maybe will not happen again..♥♥


Daisypath Friendship tickers

Wednesday, February 23, 2011

setelah sekian lama

Hurm. Memang sudah lama tidak menulis dalam bahasa Melayu. Apa yang ingin saya tulis pada hari ini? Bukan sesuatu yang sangat serius, cuma soalan ini telah bermain dalam kepala saya sejak beberapa minggu lepas. Seorang pensyarah telah mengutarakan isu ini dan saya bersetuju dengan pendapat beliau.

"Kebanyakkan manusia pada masa kini menilai sesuatu pernyataan berdasarkan SIAPA yang menyatakannya dan bukan lagi APA yang dinyatakan."

Maafkan saya jika ada yang terasa, tetapi ini adalah suatu kenyataan. Realiti kehidupan. Seseorang cenderung menilai pernyataan sesorang itu berdasarkan 'siapa' yang berkata-kata. Jika mereka tidak menyukai seseorang itu, mereka tidak akan mendengar atau mengambil peduli apa yang diperkatakan oleh orang tersebut. Cakaplah seribu kebaikkan kepada sesorang, kalau dia memang tidak suka dengan kamu, jangan haraplah apa yang kamu katakan itu akan diterima. Pernyataan ini sudah tentulah berdasarkan personaliti sesorang individu tersebut. Ada individu yang masih boleh menerima apa yang diperkatakan oleh sesorang yang mereka tidak suka dan sebaliknya.

Persoalannya?

Jika difikir secara lojik, kita harus menilai apa yang disampaikan berdasarkan kesahihan, kebenaran, dan nilai cerita yang cuba disampaikan. Bukannya secara membabi buta mengahakimi apa yang diperkatakan itu tidak benar hanya kerana kita membenci atau tidak suka dengan individu tersebut. Berapa ramai kah individu yang mengambilkira nilai cerita atau berita yang disampaikan sebelum menilai siapa yang menyampaikannya? Kebanyakkan daripada kita bias terhadap sesetengah berita hanya kerana orang yang menyampaikan berita tersebut tidak disukai atau dibenci. Sebagai contoh, individu A tidak suka dengan individu B kerana sikap atau apa yang pernah dilakukan oleh individu B. Individu A akan membuat tidak tahu atau tidak akan mengambil berat apa yang individu B perkatakan. Mungkin individu B pernah membuat kesilapan terhadap individu A tetapi itu tidak bermakna apa yang individu B cuba sampaikan itu 100% salah.

Sebagai seorang pelajar Universiti, kita seharusnya lebih peka dengan berita yang kita terima. Kita tidak boleh menolak 100% apa yang disampaikan seseorang itu ataupun menerima bulat-bulat sesebuah berita. Apa yang paling penting, kita seharusnya tahu menilai sesebuah berita itu. Pemikiran seorang pelajar seharusnya lebih terbuka kerana mereka mempunyai banyak altenatif untuk mencari kebenaran sesuatu perkara. Apa gunanya pendidikan yang kita pelajari sekiranya kita masih berada ditampuk pemikiran yang sama? Mengambilkira bicara kedua-dua pihak adalah sesuatu yang relevan, dan penilaian seharusnya dibuat berdasarkan apa yang dinyatakan oleh pihak tersebut. Penilaian mengikut emosi adalah sesuatu yang kurang rasional untuk dilakukan.

Akhir kata, saya ingin menekankan bahawa apa yang saya tulis bukanlah tertumpu kepada individu tertentu tetapi lebih kepada respon kepada isu yang pensyarah itu luahkan. Teringat kembali kata-kata pensyarah pada semester lepas, "Perkara yang baik tu kita simpanlah sebagai pegangan dan amalkan, yang buruk itu, kita jadikanlah peringatan dan ubahlah secara perlahan-lahan."

No comments:

Post a Comment