Hari ni saya bagaikan telah bangun dari mimpi yang panjang. Saya menyedari bahawa saya tidak menggunakan pemikiran kritis dan terlalu santai dalam kehidupan seharian. Bagaikan berfikir tetapi hanya sekadar pada tahap minimum. Terlalu banyak masa dihabiskan dengan perkara yang kurang penting dan saya mengabaikan perkara yang penting hanya kerana saya malas berfikir. Memang susah untuk saya menafikan saya seorang yang pemalas. Perkataan 'malas' itu sendiri telah menjajah pemikiran saya. Susah bagi saya untuk meyakinkan diri saya seorang yang rajin. Kadang-kala saya merindui sifat suka mengambil tahu dan mempersoalkan sesuatu perkara. Saya seperti kehausan informasi terkini yang boleh menambah pengetahuan am. Membaca? Memang ini adalah satu inisiatif yang boleh diambil sebagai langkah untuk menambah pengetahuan. Tetapi, sebelum itu saya harus mempunyai keinginan yang kuat untuk melakukan perkara tersebut, membaca. Saya mempunyai masalah untuk fokus pada satu perkara. Saya seperti merasakan diri saya semakin bodoh selepas masuk ke universiti. Bukan masalah universiti tapi diri saya. Saya merasakan sukar untuk merangsang diri saya untuk berfikir tentang akademik terutamanya. Semua orang mengingankan yang terbaik dalam kehidupan mereka. Tetapi adakah mereka melakukan yang terbaik untuk mencapainya? saya harus lebih fokus dalam mencapai perkara yang saya inginkan. Bukan tidak mencuba, mungkin usaha itu tidak memadai. Saya tidak tahu bila saya akan mencapai apa yang saya inginkan tetapi saya akan cuba sedaya upaya untuk mencapainya. Saya harus kembali fokus kepada perkara yang lebih penting dan saya akan selalu mengingatkan diri saya agar kembali fokus dan berusaha degan lebih gigih.
P/S: Entri ini ditulis untuk memotivasikan diri sendiri. Agak pelik menulis dalam bahasa Melayu tapi kelainan itu perlu jika memberi kebaikan kepada diri. Berusaha! :D
No comments:
Post a Comment