Ya, dan saya masih belum tidur! Bukan tidak ingin tidur tetapi tersangkut kerana melayari Facebook sebentar tadi. Masih banyak kerja yang perlu disiapkan dan saya masih dalam proses untuk menyiapkan semua tugasan yang berlambak! Sekarang saya masih berfikir samada saya perlu menghadirkan diri ke gim pagi nanti. Sudah ponteng beberapa minggu disebabkan kes terlajak tidur. XD Apa yang saya ingin coretkan disini pada waktu ini? Hurm... Hari Valentine hanya tinggal dua hari. Hari Valentine pada tahun ini? Tidak pasti tentang sambutan. Tetapi yang pasti? Saya ada 2 pembentangan pada hari yang sama! Dijangkakan sibuk pada hari tersebut. bercakap tentang sibuk, saya berharap masa akan berlalu dengan pantas. Setelah masa itu semua berlalu, beban kerja yang berlambak ini berjaya diselesaikan. Saya akan teruskan berusaha untuk menyiapkan kerja yang memang berlambak-lambak ini! (membayangkan perasaan apabila semua kerja telah disiapkan) *senyum tiba-tiba* Baiklah! Sebagai pendorong untuk menyiapkan kerja, saya akan menyenaraikan kerja atau aktiviti yang perlu diselesaikan secepat yang mungkin.
1. Pembentangan YKT112 -14Feb *selesai*
2. Pembentangan ATW395 - 14 Feb*selesai*
3. Ujian Pertengahan Semester ATW395 - 5March
4. Ujian Pertengahan Semester ATW401 - 17Feb*selesai*
5. Kajian Kes AMW342 - 18 Feb*selesai*
6. Ujian Pertengahan Semester AMP354 - 22Feb*selesai*
7. Pembentangan TITAS - 1March
8. Hantar tugasan kumpulan ATW401 - 3March
9. Hantar tugasan kumpulan YKT112 - 4March
10. Hantar tugasan kumpulan AMW342 - 4March
11. Malam Citra Bayu - 6March (latihan setiap hari bermula 14Feb)
12. Latihan (Isnin,Khamis, Ahad) *
Perhatian: Saya akan SIBUK menyiapkan semua yang saya senaraikan diatas. Saya berharap saya mampu menyelesaikan semua tugasan yang ada dan menghantar kerja pada masa yang ditetapkan. (saya BOLEH!) Masih ada tugas yang perlu saya selesaikan tetapi pada masa 3minggu ini, perkara diatas menjadi prioriti utama. Pada perkara yang terabai, saya akan fokus selepas ini. Sila tabah dalam menyiapkan tugasan! Jangan biarkan emosi, fikiran dan persekitaran menjadi penghalang! (FOKUS-FOKUS-FOKUS) Sempena Valentine day yang bakal tiba, saya ingin mengucapkan " Happy Valentine Day" kepada semua rakan-rakan, keluarga, sahabat-handai dan kaum kerabat (macam ucapan Hari Raya Aidilfitri pula..:p)
Kepada
Aizuddin yang jauh di mata dekat di hati, saya sangat merindui awak! Hahaha.. :p
sibuk dengan hari valentine..maulidul rasul terlupa ker,itu yg lg penting dri valentine day..
ReplyDeleteSelamat menyambut Maulidur Rasul..:D
ReplyDelete