♥♥Just about what I have gone through every day... So it will remind me of my life path up until now... I want to express it with words... My small brain can’t afford to keep it all... The language may 'Campur2' because it’s my diary after all... who will cares anyway??? XD♥♥

♥♥Life not always happen like you have planned.. Everyday there will be surprises happening in your life.. Treasure it.. Appreciate it.. It may not always happen.. And maybe will not happen again..♥♥


Daisypath Friendship tickers

Thursday, February 24, 2011

Angin Petang...

Huh~ Nyaman sungguh angin petang. Bukan senang dapat peluang bersenang-lenang. Selalunya kerja berlambak-lambak. (Sebenarnya banyak juga kerja yang perlu disiapkan, tapi baru lepas main permainan.. :p) Apa yang saya ingin mengarut pada petang ini?

Hurm... Macam tiada kerja langsung perlu dibuat. Hahaha..

Bercakap tentang kerja, seram bila mengingatkan bagaimana perjalanan hidup saya pada minggu hadapan. Tugasan-tugasan yang perlu dihantar, dilaksanakan, dihadiri, dsb. Saya perlu persiapkan diri dari segi mental dan fizikal. Semuanya akan menguji kesabaran, kepantasan, kecekapan, ketenangan, dan juga penyelesaian yang dijana. Saya amat berharap semuanya akan berjalan dengan lancar. Saya seorang yang sukakan cabaran kerana ia menguji kemahiran dan tahap kesabaran. Melalui cabaran, kita dapat mempelajari banyak perkara dan dapat menimba pengalaman. Ada yang pahit dan ada yang manis. Begitulah ragam kehidupan. Hari ini kita tertawa riang, esok lusa menangis hiba dan tulat kembali tersenyum gembira dan seterusnya. Saya percaya bahawa kehidupan manusia diciptakan dengan suka-duka untuk menguji manusia itu. Melalui pengalaman, mereka boleh belajar dan mengenali diri mereka. Saya berusaha untuk berpegang kepada prinsip, "There is no bad things that is too bad and there is no good things that is too good". Ini mengambarkan bahawa setiap perkara itu mempunyai cacat celanya. Tiada yang sempurna.

P/S: Perlu bersiap untuk perbincangan bersama ahli kumpulan dan juga latihan. Sehingga bertemu lagi diari.

No comments:

Post a Comment