Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-56! Tarikh keramat dalam sejarah Malaysia. Sudah lama tidak menulis melalui laptop. Selalunya, hanya menulis entri melalui telefon bimbit di kala mata mahu lelap ataupun bosan menimpa-nimpa.
Hari ini juga tarikh keramat buat diri. Hari pertama tinggal dengan teman serumah yang tidak dikenali. Ya, pertama kali tinggal dengan orang yang tidak dikenali. Secara rasminya, saya telah menyewa sebuah bilik. Permulaan kepada sebuah kehidupan yang baru. Teman serumah berasal daripada Sarawak dan kami hanya tinggal berdua. Seorang cikgu. Itu sahaja maklumat setakat ini.
P/S: Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberi petunjuk akan perjalanan kehidupan selepas ini. Perlu merangka semula kehidupan. Agak huru-hara.
*saya kena boikot ka ni? SMS tidak kena reply. >.<'
No comments:
Post a Comment