Sudah tulis tiga kali, padam.
Apa sebenarnya mahu tulis?
Sudah tiga hari diserang sakit perut berkala. Tiada cirit birit. Cuma perut rasa sangat tidak selesa. Asal makan, mesti kasi keluar balik. Setelah menderita 3 hari, hari ni kena hantar makanan. Terus baik? Aik? Mengada-ngada? Harap-harap besok tidak sakit lagi. Tolonglah perut.
Hati? Tiada perasaan. Kalau sudah sakit berpanjangan, tidak tahu apa sudah kejadian. Tiada perasaan, kosong. Hilang? Kering? Tawar? Tidak tahu.
Fikiran? Banyak digunakan berfikir hal-hal yang tidak penting dari segi lojik tapi sangat penting untuk perasaan. Jangan disuap hal perasaan berlebihan, memudaratkan. Tapi kalau sudah perasaan yang bermaharajalela, harap maaf, lojik hanya cerita sampingan yang tidak penting. Iklan semata.
Jangan terlalu mengikut perasaan, nanti memudaratkan. Jangan difikir bukan-bukan, hati sendiri sakit berpanjangan. Persoalkan kenapa harus berfikir sedemikian? Mungkin kau rasa remeh, memang remeh. Kalau kau bukan siapa-siapa.
Sudah di bagitahu. Sudah di pesan. Bukan hanya bagi pembayang. Sudah di nyatakan. Kau masih anggap remeh? Teruskan.
Penat. Lelah. Tiada guna lagi mengulang kata yang sama, jawapan tetap sama. Sudah tidak sakit.
Kecewa.
Tetap kecewa.
No comments:
Post a Comment