Malam pertama di pulau mutiara. Kembali menjejak bumi ini.
Malam pertama, perut sakit lagi. Sudah lumur minyak cap kapak. Lega sikit.
Perbualan singkat di lapangan terbang. Deduksi.
1. Saya seorang yang pelik. Mungkin bukan pelik. Tapi, lain. Macam mana? Tidak pasti. Tapi kau memang unik. Itu saya pasti.
2. Teringat kata seorang teman. Dunia dicipta penuh keajaiban. Kadangkala, penawar kepada racun ialah racun itu sendiri. Racun yang tercipta itu pasti ada penawar dan selalunya penawar itu tidak jauh /hampir/adalah racun. Macam perasaan. Perasaan boleh jadi racun dalam diri, dan penawar pada racun itu juga adalah perasaan sendiri.
3. Gembira. Riang. Sayang.
Deduksi(titik)
Sambil berbaring menghadap skrin telefon. Bosan. Sengaja tidak buka laptop. Kalau buka memang layan la laptop sampai pagi. Lepas tu besok pagi merana badan. Mengantuk dan penat.
Tertidur dalam kapal terbang dengan pose yang paling mantap. Sampai termimpi-mimpi yang remeh-temeh lagi. Tapi rasa macam realiti. Garisan antara realiti dan fantasi semakin kabur.
P/S: sebenarnya tidak banyak yang saya mahu dari orang yang saya sayang. Dan saya harap orang yang saya sayang tahu.
No comments:
Post a Comment