♥♥Just about what I have gone through every day... So it will remind me of my life path up until now... I want to express it with words... My small brain can’t afford to keep it all... The language may 'Campur2' because it’s my diary after all... who will cares anyway??? XD♥♥

♥♥Life not always happen like you have planned.. Everyday there will be surprises happening in your life.. Treasure it.. Appreciate it.. It may not always happen.. And maybe will not happen again..♥♥


Daisypath Friendship tickers

Thursday, July 5, 2012

santai diri

Yeah! Akhirnya! Sudah mencuba 2 hari untuk menulis dalam diari, tapi kegagalan fungsi membantutkan niat. Bukan tidak boleh menulis menggunakan komputer riba untuk menulis namun buah fikiran atau perasaan untuk menulis bukanlah sesuatu yang boleh dijangka.

"Cancerians get things done through their emotional commitment"

Okay, saya memang suka membaca horoskop. Ia menjadi rutin dalam hidup. Saya menggunakan horoskop untuk mengawal hidup, aktiviti dan paling kritikal sekali, perasaan. Saya berbintang Cancer, dan saya memang menggunakan perasaan dalam melaksanakan sesuatu. Perasaan ego, tanggungjawab, tercabar, kepuasan, gembira, sedih, kecewa dan macam-macam lagi. Positif atau negatif, perasaan menjadi salah satu tiang utama dalam melaksanakan perkara-perkara yang ingin disempurnakan. Ini merujuk kepada diri saya dan pendapat rakan-rakan terdekat. Jika difikirkan kembali, hidup telah menjadikan saya sukar untuk mengekspresi perasaan, terutama sekali perasaan sedih atau lebih mendalam. Perasaan gembira? Rasanya saya boleh menyebabkan orang sekeliling rasa sangat menyampah melihat tingkah laku atau perangai saya apabila saya terlalu gembira.

Saya boleh berubah secara drastik dari segi fizikal dan mental. Saya percaya semua orang mampu. Fizikal mampu dilihat secara luaran namun mental hanya boleh ditafsirkan oleh individu yang memahami psikologi atau mungkin dilahirkan memang boleh membaca bahasa badan. Setakat ini, saya berjaya untuk mengawal secara fizikal dan mental cuma permainan mental lebih mencabar dan memerlukan tenaga yang banyak. Kalau tenaga mencukupi, bolehlah bertahan. Kalau tidak? Sendiri mau tau. :p

P/S: kehabisan idea!

No comments:

Post a Comment