Okay, malam ni ambil feel lain sikit. Selalu post sebelum tidur, hari ni post melepak dulu pagi buta. Sekali sekala menikmati angin malam, hari2 berkurung dalam bilik, mana tahan! Tapi secara umum,saya memang lagi suka malam. Tenang dan damai. Mungkin tu la sebab dia saya selalu tidak tidur malam,sayang ba tu malam. Hahahahahaha. Belum lagi tidur la, tapi limpang2. Tengok bulan, tengok bintang, tengok langit (sambil suara2 latar bahasa cina). Ya,bukan saya saja yang lepak sini. Ada lagi satu kumpulan budak cina, tidak tau la apa cerita dorang. Abaikan. Sekarang kawasan hostel agak sunyi. Semua balik belajar. Hahahahahah. Kalau ingat2 balik,lama sudah tidak buat begini. Lepak2 tengok bintang. Lama sudah tidak tengok Dragon Ball (Dragon Ball disini merujuk kepada sekelompok bintang yang ada 7biji/butir. Selalu saya tengok dulu. Semenjak sampai d Penang,lama sudah tidak nampak.) Wahai Dragon Ball, mana ko ni? Lama tidak jumpa. ;)
P/S: biarpun saya suka bintang, suka bulan, suka langit, suka laut, saya tidak pernah buat kajian atau cuba menyiasat lebih mendalam. Mungkin saya lagi suka melihat sama menghayati daripada menjadi obses. Bila dipikir balik, memang saya tidak pernah obses lagi sama apapa. (Setahu dan semasa kesedaran saya laaaaaaa) hahahahaha..ok la, saya mau menikmati angin malam. Sehingga bertemu lagi. ;)
No comments:
Post a Comment