Hurm.. Ini bukan keluhan, tapi sekadar nukilan sebelum melayari malam. Menyedari apa yang diingankan, berusaha mencapai impian. Walau hidup penuh dengan cabaran, berpeganglah kepada kepercayaan. Sesungguhnya kepercayaan tidak akan menghampakan sekiranya diletakkan pada tempat yang sepatutnya. Yakinlah pada setiap permulaan itu adalah satu langkah yang penting, perjalanan itu satu cabaran yang mendewasakan dan pengakhiran itu ada iktibar. Walau jatuh tersungkur pada hari ini, terimalah kenyataan, kumpulkan kekuatan untuk bermula kembali dengan tenaga yang baru. Hidup tidak sentiasa indah kerana ia bagaikan roda yang berputar. Ada masa kau kemudi dan ada ketika kau terpaksa mengharungi jalan yang berduri. Mungkin kau menangis pada hari ini, namun kau sentiasa boleh mengukir senyum untuk menghadapi menenangkan diri. Berhenti mengeluh dan kerahkan minda dan tenaga untuk mencari alternatif. Bumi ini luas dan penuh dengan cara untuk membaiki diri. Lihat, pandang, dengar dan selami ruang minda. Yakin pada diri, percaya pada usaha dan tangani dengan akal fikiran yang waras dan hati yang terbuka. Jalan tidak selalunya lurus, pintu tidak semestinya terbuka. Namun, jalan akan sentiasa ada, pintu juga boleh dibuka.
P/S: hanya membiarkan jari jemari menaip nukilan yang terus dari hati dan minda yang mengemudi.
No comments:
Post a Comment