♥♥Just about what I have gone through every day... So it will remind me of my life path up until now... I want to express it with words... My small brain can’t afford to keep it all... The language may 'Campur2' because it’s my diary after all... who will cares anyway??? XD♥♥

♥♥Life not always happen like you have planned.. Everyday there will be surprises happening in your life.. Treasure it.. Appreciate it.. It may not always happen.. And maybe will not happen again..♥♥


Daisypath Friendship tickers

Friday, January 27, 2012

Percaya?

Entri pada kali ini adalah sekadar untuk menenangkan perasaan, meluahkan fikiran dan kata yang terpendam.

Kepercayaan. Sukar untuk kita percaya kepada seseorang namun untuk hilang kepercayaan dengan seseorang amat mudah. Mungkin dendam tidak tersemat namun cukup untuk membuatkan kita merasakan kita telah dikhianati.

      Jika kepercayaan yang kita letak itu tinggi, semakin perit luka yang kita rasai. Tapi itu tidak seharusnya dijadikan penghalang untuk kita mempercayai orang. Hidup ini perlu ada percaya. Tanpa percaya, kita akan hilang arah. Tempat kita meletak kepercayaan itu yang perlu diambil perhatian. Jika kepercayaan kepada ibu-bapa, mungkin perit itu hanya sementara. Kepercayaan kepada kawan atau teman biasa, mungkin kita tidak ambil kisah, kerana kepercayaan itu tidak tinggi. Kepercayaan terhadap teman lelaki/wanita akan membawa kepada kerenggangan dalam hubungan dan boleh membawa kepada perpisahan. Kepercayaan kepada Tuhan? Bergantung bagaimana kita menjaganya.

     Namun harus kita ketahui, bukan kesemua kepercayaan itu dikhianati dengan sengaja. Setiap orang mempunyai kepentingan mereka yang tersendiri. Penting bagi kamu, tapi bukan bagi mereka. Begitu juga sebaliknya. Kita dilahirkan berakal, gunakanlah akal itu untuk berfikir secara rasional. Kita dilahirkan mempunyai hati dan perasaan, gunakanlah hati dan perasaan untuk menilai perkara secara berpada-pada. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Pada pendapat saya, kita tidak boleh menjdai terlalu sensitif dan terlalu 'ignorance'. Biarlah seimbang.

     Sekian saja entri pada kali ini. Ringkas. Renungkan sejenak.

P/S: meluahkan perasaan dan menenangkan fikiran melalui menulis. pengalaman membentuk seseorang. tidak semestinya harus bercakap dengan orang lain mengenainya. kadangkala dengan menulis, kita mampu muhasabah diri.


No comments:

Post a Comment