♥♥Just about what I have gone through every day... So it will remind me of my life path up until now... I want to express it with words... My small brain can’t afford to keep it all... The language may 'Campur2' because it’s my diary after all... who will cares anyway??? XD♥♥

♥♥Life not always happen like you have planned.. Everyday there will be surprises happening in your life.. Treasure it.. Appreciate it.. It may not always happen.. And maybe will not happen again..♥♥


Daisypath Friendship tickers

Monday, January 9, 2012

Hello! :)

            Masih terasa lenguh tangan. 9am, kertas mengira. Perakaunan pengurusan. Soalan? Macam biasa tengok, dalam percubaan peperiksaan. Klu depan mata pun boleh binggung. Padan muka! Lain kali main game lagi, bermalas-malasan lagi, dan sakit hati lagi. Seterusnya, kertas jam 2.15pm. Ini lagi hebat! Baca daripada minggu lepas, jawab? Macam tidak pernah baca satu semester. Terasa macam masuk pertandingan menulis paling banyak. Dalam masa 3jam, hanya mampu tulis 10 muka surat. Penuh dengan idea yang sangat merapu. Ini faktor penyumbang utama kesakitan tangan. Disebabkan itu, mengambil keputusan untuk bermalasan pada malam ini. (memang tidak insaf? >.< )
            Peperiksaan yang seterusnya ialah pada hari rabu ini. Ini lagi mencabar daripada peperiksaan pada hari ini. Akan memastikan diri untuk mengulangkaji pada hari esok. Tidak ingin mengecewakan pensyarah yang amat baik. Imej dan reputasi harus dipupuk. Bukan bertujuan untuk mengampu, tetapi tidak salah untuk mempunyai hubungan yang baik dengan pensyarah. Mendengar setiap kata dan hujah pensyarah ini membuatkan saya kagum. Ini boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi dan panduan dalam menjalani kehidupan seharian.
            Cukup dengan cerita tentang peperiksaan. Sekarang, saya ingin bercerita tentang rakan-rakan rapat yang belajar dalam pengkhususan yang sama. Anip, Fiza, dan Eira. Nama melayu? Ya, memang melayu pun. Kenapa? Itu tidak harus dipersoalkan. J  Terima kasih atas sokongan yang anda semua berikan, jumpa lagi semester depan. J (ayat formal kan? Hang jangan gelak sakan ye Anip.. :P ) Tidak dilupakan, Pah yang sentiasa ada. Ya, teman sebilik Anip pun gempak juga. :D Saya memang bertuah kerana dapat mengenali anda semua. Anda semua memang sangat baik.

P/S: dan sekian sampai disini warkah saya pada hari ini. Semoga kita berjumpa lagi wahai diari. 


Eira, Anip, Fiza dan saya.

No comments:

Post a Comment