Sekarang saya rasa sedih.. Terasa sentimental sangat-sangat.. Saya rindu seseorang.. Tapi, saya tiada keberanian untuk telefon dia dan cakap yang saya rindu dia.. Pengecut? Penakut? Sebenarnya saya takut.. Sangat takut.. Mungkin saya patut memulakan perhubungan yang baru untuk mengelakkan rasa rindu yang tidak terucap? Atau mungkin saya perlu mendengar kata hati dan telefon saja dia dan beritahu betapa saya rindu pada dia? Tapi saya takut saya akan melukakan hati dia dan hati saya lagi.. Memang masa silam tidak akan kembali, namun ia masih lagi berlegar-legar di ruang minda dan perasaan.. Apa yang dicari dalam kehidupan? Apa yang dikejar dalam menjalani seharian? Apa yang tertinggal dan apa yang ditinggalkan? Sekali melangkah kehadapan, tiada langkah untuk mengundur kembali.. Hanya boleh berpaling dan mengenang.. Bukan mudah untuk maju kehadapan, namun amat mudah untuk berpaling dan mematikan langkah maju.. Seorang kawan pernah berkata,
"Jika kamu telah bertekad untuk melangkah pergi, jangan pernah sesekali berpaling.. Walaupun betapa kamu ingin berpaling.. Kerana kamu tidak akan dapat melangkah pergi dan akan tersekat disana sekiranya kamu berpaling.." - S.A.R.-
Tiada guna menyesal dengan keputusan yang telah dilakukan.. Tiada guna mengenang kembali peristiwa yang membawa air mata.. Namun kita selalu melakukan perkara yang tidak berguna dan memakan diri sendiri.. Naif kah diri sekiranya menunggu ada tangan yang mampu memimpin jalan dan membawa keluar daripada belenggu diri? Bodoh kah diri sekiranya menanti untuk perasaan itu terubat sendiri namun masih mengenang apa yang telah berlalu? Mungkin juga bodoh, mungkin juga naif.. Salahkah pendrian diri? Silapkah pemikiran yang terbentuk? Apa yang kau lakukan? Memandang rendah kebolehan diri? Merendahkan ego diri dengan percaya bahawa ada tangan yang akan datang? Merasakan diri lemah dan memerlukan bantuan? Mungkin langkah kaki akan terhenti untuk maju dan berpaling... Namun langkah yang telah diambil bukan semudahnya untuk mengundur kembali.. Bukan tidak pernah mencuba untuk perbaiki keadaan namun kegagalan telah menarik diri jauh kedalam lembah yang tidak mempunyai dasar.. Gelap, gelita dan membiarkan diri terus jatuh.. Diri belum bersedia, hanya itu mampu dikatakan.. Walaupun mahu, namun takut untuk bermula.. Semakin kuat keinginan itu, semakin perih menahan perasaan.. Biarlah diri terus sendiri, agar hati tidak terluka lagi... Biarlah diri tetap seorang, agar tidak hancur berkecai sisa sekeping hati dan perasaan.. Biarlah perih menahan perasaan daripada memberi harapan yang mungkin tidak dapat ditunaikan...
No comments:
Post a Comment