Lohe? Lohe? Selamat tengah malam
semua! Apa yang saya nak kongsikan pada hari ini? Sebenarnya, saya baru sahaja
selesai menonton anime Bleach episod 339, memang sangat teruja! Tidak sabar
menunggu episod seterusnya. Selepas itu, saya membaca manga Bleach episod 464,
lagilah teruja! :P Okey la, sebenarnya saya ingin berkongsi dengan semua lagu
tak berapa baru tapi baru saya temui bulan lepas apabila seorang kawan
mengatakan lagu ini menarik. Pada mulanya, saya tidak mengambil perhatian
terhadap lagu ini (seperti biasa, lagu ini disyorkan oleh kawan). Tetapi,
disaat mendengar dan menghayati bait-bait lagu ini, ia terasa begitu bermakna. Lagu
syahdu menusuk kalbu la ni! Mendengarkan melodi lagu ini, ia mengingatkan saya
dengan kumpulan lelaki pop di Malaysia pada suatu ketika dahulu. Kebanyakkan lagu
yang dihasilkan dan dinyanyikan kumpulan ini mempunyai genre yang sebegini. Tidak
lain dan tidak bukan, kumpulan KRU! Tapi lagu yang bakal saya kongsikan, bukan
dinyanyikan oleh kumpulan ini, tetapi kumpulan yang berada dibawah naungan KRU
studios, Forteen. Siapakah Forteen?
Kumpulan Forteen ini dianggotai oleh
One, Ariz, Izzue dan Ameer. Nama sebenar? Tak tau! Hahahaha. Kumpulan ini baru
ditubuhkan untuk mengembalikan kegemilangan kumpulan lelaki pop yang pernah
menjadi fenomena suatu ketika dahulu? Tidak pasti. Tapi mungkin juga. Lagu memang
sedap, tapi pada mulanya saya ingat lagu ini dinyanyikan oleh kumpulan The
Lima. Tak tau apa perkembangan mereka sekarang.
Gambar telah diambil daripada hasil carian Google. |
Berdua Bersatu - Forteen
kenapa cinta kita
selalu saja diduga
bagai ada tak merestu
kita berdua bersatu
atau mungkin kau dan aku
ditakdir untuk berpisah
walaupun melawan arus
kita berdua bersatu
sering kali ku mendengar
patah tumbuh hilang berganti
tetapi ku tidak mahu
cinta selain darimu
jika denganmu salah
ku tak mahu yang benar
jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
walau dilanda badai
ku sanggup kerna ku mampu
kita berdua bersatu
jika denganmu kabur
ku tak mahu yang jelas
jika denganmu hanyut
biarlah aku lemas
walau dilanda ribut
ku sanggup kerna ku mahu
kita berdua bersatu
P/S: Lagu cinta kaw-kaw punya! hahahaha. Walaupun syahdu, tetap menusuk kalbu. Sekian dulu~ Nak dapatkan rehat secukupnya hari ini. Bangun nanti, banyak lagi aktiviti.. <3
No comments:
Post a Comment