♥♥Just about what I have gone through every day... So it will remind me of my life path up until now... I want to express it with words... My small brain can’t afford to keep it all... The language may 'Campur2' because it’s my diary after all... who will cares anyway??? XD♥♥

♥♥Life not always happen like you have planned.. Everyday there will be surprises happening in your life.. Treasure it.. Appreciate it.. It may not always happen.. And maybe will not happen again..♥♥


Daisypath Friendship tickers

Thursday, September 8, 2011

Di tengah malam sayu....

Hi! Hi! Dan Hi sekali lagi! J Hari ini saya akan menulis entri dalam bahasa melayu. Pejam celik, pejam celik, saya dah berada dirumah hampir 2 bulan. Cuti semester bermula pada bulan Mei, tapi saya sampai ke rumah pada bulan Julai. Selepas ini, saya akan kembali ke Pulau Pinang kerana semester baru akan dibuka pada minggu hadapan. Bagi pelajar yang baru memasuki universiti, mereka sedang mengikuti minggu orientasi pada minggu ini. Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada pelajar baru.
          Setiap cuti amat dinantikan, namun kebanyakkan pelajar seakan ingin mengelakkan penghujung cuti. Sesetengah pelajar mungkin berasa gembira apabila semester baru akan bermula dan pasti ramai pelajar yang akan bersedih kerana ada daripadanya terpaksa meninggalkan rumah dan keluarga tercinta. Walau apapun, hargailah masa yang cuti yang masih ada dengan sebaiknya. J
          Cuti ini adalah salah satu tempoh yang bermakna dalam hidup saya. Berjumpa kembali dengan kawan yang hilang 5 tahun lalu, bertemu dengan kawan-kawan rapat (bersama anak-anak mereka!) , berhari raya (walaupun hanya beberapa buah rumah) dan sebagainya. Tidak dilupakan banyak lagi waktu-waktu yang berharga dan bukan selalu dapat dirasai. J Walaupun suasana rumah yang kadang-kadang memeningkan kepala, namun suasana ini pasti saya rindui nanti. Bila mengenangkan ketika saya hendak balik ke rumah dulu, saya merasa keberatan. Namun, setelah berada di rumah pada waktu penghujung cuti ini, saya terasa sayu untuk meninggalkan tanah kelahiran ini. Bukan sedih untuk meninggalkan tilam yang empuk atau rancangan TV, tapi bagaikan ada sesuatu yang memanggil diri untuk terus berada disini. Hati meronta untuk terus berada disini dan menikmati keadaan dan orang-orang yang bermakna dalam hidup ini.......


P/S: Ini lah yang terjadi kalau menulis entri yang tidak dirancang. Merepek dan meleret. Menjadi tempat luahan perasaan. Sehingga kita bertemu lagi diari. J   

No comments:

Post a Comment