Okay, entri ini saya tulis dalam bahasa melayu sebab sudah lama saya tidak menulis dalam bahasa melayu. Takut nanti terlupa dan ayat menjadi lintang-pukang(secara serius, memang tidak pernah tersusun pun..hahahaha). Sebenarnya, saya pun tidak pasti apa yang ingin saya merepek dalam entri saya pada kali ini. Saya tidak mempunyai idea untuk berkata-kata. Idea itu ada tetapi memang tidak berpatutan untuk diluahkan disini. Nanti ada pulak orang mengata, mengutuk dan sebagainya. Tapi saya selalunya memang pun dikutuk dan dikata, jadi tidak kisah la kan? hahahaha
Saya memang suka berkawan. Dan saya memang ada bermacam-macam jenis kawan. Dari yang baik sampai lah yang kurang baik (kalau cakap jahat, kejam pula kan??). Tapi kadang-kadang saya ni pendiam juga lah kalau dikelilingi orang yang saya tidak kenal atau pun kawan-kawan yang hanya berkaitan dengan akademik. Saya pun tidak pasti kenapa saya bersikap macam tu. Dari zaman sekolah menengah sehingga la menjejak ke matrikulasi, saya tidak rapat dengan rakan-rakan sekelas. Sampai ada yang mengatakan saya ini sombong, mungkin juga. Tapi saya yakin saya bukanlah seorang yang sombong. Saya seorang yang sangat suka bercakap, boleh bercakap mengenai banyak perkara. :p Kadang-kadang saya sangat suka merepek dan bergurau. Sesiapa yang terlalu serius pasti tidak boleh menerima gurauan saya. Gurauan saya juga selalu menimbulkan salah faham. Adakah saya terlalu melampau? Saya sendiri kurang pasti. Perasaan berbelah-bagi selalu menimbulkan persoalan. Dan juga kadang-kala saya terjerat dengan lawak saya sendiri.
Lupa saya sebutkan, saya memang suka berkawan. Tetapi cenderung kepada kawan lelaki. Sebab? Ada bermacam-macam sebab dan saya tidak pasti apa sebab yang sebenarnya. Tapi, saya dapat rasakan, tidak kira apapun sebab yang saya berikan, orang tetap akan menilai mengikut kehendak dan pandangan mereka tersendiri. Kalau menurut diri saya sendiri, saya selesa bergaul dengan lelaki sebab saya memang dah biasa? hahaha. Secara kronologinya (semasa saya kecil), saya tidak suka bergaul dengan perempuan kerana merasakan mereka ini amat menyusahkan, leceh, sangat merimaskan, banyak songeh, dan sebagainya. Mungkin kerana pemikiran saya pada masa itu merumuskan semua perempuan seperti itu dan saya terlupa bahawa saya juga seorang perempuan? Saya tidak suka berkelakuan lembut seperti perempuan (yang sejati la, hahaha) dan saya tidak sedar ada perempuan yang lebih ganas daripada saya? Oppsss, saya tidak bermaksud merumuskan bahawa saya seorang yang ganas tetapi saya menafikan bahwa saya seorang yang lemah lembut. :) Kalau dengan kawan perempuan, saya akan secara automatik akan bertukar watak. Melainkan saya betul-betul rapat dengan perempuan tersebut.
Ada beberapa orang kawan yang agak rapat mengatakan bahawa saya seorang penggoda. Baiklah! Itu kedengaran sungguh menakutkan. Seperti ada yang tidak betul. Saya tidak selesa dikatakan sebagai penggoda kerana bagi saya itu bukanlah sesuatu yang baik. Saya telah cuba untuk mengawal sifat terlalu peramah dan kadang kala itu menyebabkan saya terpaksa berpura-pura dan kadang kala menimbulkan persoalan lain dalam diri saya. Berpura-pura itu sangat memenatkan. Berpura-pura itu juga sangat membebankan fikiran. Bagi seorang seperti saya, perkara seperti ini boleh menganggu ketenangan hidup saya. Saya merasakan diri saya sangat lemah dan saya memang tidak suka berkeadaan seperti itu.
Saya rasa setakat ini dahulu luahan entri saya pada kali ini. Apa yang dapat saya katakan disini, saya hanya menjadi diri saya sendiri. Walaupun saya sedar ada keburukan disebalik diri saya yang sebenar, saya juga tahu tidak ada benda yang sempurna bebas daripada keburukkan. Dan saya ingin mengatakan bahawa saya akan menjadi diri saya sendiri dan jika saya akan berubah suatu hari nanti, itu adalah sesuatu yang tidak pasti tetapi tidak mustahil. Kepada kawan-kawan yang rapat dengan saya, anda mesti pernah terfikir mengenai sikap saya ini. Saya tidak akan menyalahkan orang lain diatas pendapat mereka terhadap sikap saya. Saya percaya, kawan saya tidak mengadili saya hanya berdasarkan sikap saya yang satu ini. Pasti ada kriteria lain yang melayakkan saya untuk menjadi kawan mereka.
No comments:
Post a Comment