Sedang membelek-belek buku lama, terjumpa sesuatu yang sangat menarik. Buku apa? Siapa penulis dia? Apa pula yang menarik? Buku ni, bukan lah ditulis oleh penulis yang terkenal. Penulis ini pun belum pernah menerbitkan buku lagi. Penulis buku ini adalah saya sendiri! hahahahaha.. Apa yang menarik? Hurm, sebenarnya saya terjumpa profail diri yang saya tulis semasa saya sekolah menengah. Ada satu seksyen yang saya rasa lucu kalau di ingatkan balik. Seksyen 'Ciri-ciri BF Idaman'. Biarpun saya ni ganas sikit, saya masih lagi boleh tulis ciri-ciri BF idaman. APAKA? hahahahaha..
Okay, mari saya kaji balik ciri-ciri BF idaman saya dulu. heheheheheh.
1.Comel - alalalalala...hahahaha... Saya memang suka benda-benda yang comel? LOL. Rasanya macam mana la lelaki comel ni aaa? Saya sangat lemah kalau berdepan dengan benda-benda yang comel ni. Comel itu adalah sesuatu yang subjektif. Dan memang ia berbeza-beza mengikut citarasa individu tersebut. Bagi saya, lelaki comel adalah seperti ini:
Saya sangat meminati lelaki ini! Dari dahulu sampai sekarang! hahahaha... Saya rasa dia sangat comel! Dulu saya tidak terdedah dengan lelaki-lelaki Korea yang lagi 'HOT' dari dia. hahahah. Tapi saya memang suka lelaki ini dari dahulu, Nicholas Teo. Suara merdu dan comel! *pengsan*
2. Caring - penyayang. BF saya mestilah penyayang supaya saya boleh rasa yang saya disayangi. *blush* LOL. Tapi secara lojiknya, semua orang inginkan lelaki yang penyayang kan? hehehe. Kalau sudah jadi BF, mestilah dia sayang kan?
3. Selesa - Hurm, selesa ni maksud dia saya tidak kekok dengan dia dan saya boleh jadi diri saya yang sebenar. Kalau difikirkan balik, saya memang cepat selesa dengan orang. Tapi masalahnya, saya selalu kekok kalau dengan BF saya sendiri. Motif? Tidak pasti! hahahaha. Kawan biasa dan teman lelaki istimewa (BF). Asal dengan BF mesti kekok. Hurm, sifat semula jadi. Mungkin? Parah la kalau macam ni kan. :p
4. Memahami - hohohoh. Ini pun sangat umum! Kalau BF saya tidak faham dengan diri saya, tidak mungkin saya akan bersama dia. Tapi lelaki ni susah juga la mau cakap. Mula-mula dia faham la, lama kelamaan ada saja yang tidak betul. Kalau cara dia menegur tu berpatutan dan saya boleh terima, akan diusahakan untuk berubah. Bukan senang mahu berubah. Kalau dia cuba memahami saya, saya akan cuba memahami dia. Kata kunci bagi poin ini ialah bertolak ansur. kan? :p
5. Menghormati privacy - Ini sangat lah umum. Dia harus hormat privacy saya. Saya pun tidak tahu macam mana mau terangkan ni poin. Apa lah yang saya fikirkan masa saya sekolah menengah dulu? hahahahah
6. Tinggi - hahahaha. Ini harus! Tidak payah la tinggi sangat. Paling penting tinggi dari saya! hahahaha. Biarpun orang cakap kalau lelaki lagi rendah dari perempuan, lagi berkekalan. Saya tetap mahu yang tinggi! hahaha. Sangat pelik kalau saya lagi tinggi..;p
7. Tidak gemuk - woahhh~ Tidak gemuk disini bukan bermaksud kurus melampau. huhuhu. Sederhana. (sangatlah umum~) hahahahaha. Berisi? Mungkin. :D
P/S: Senarai ini sangatlah pendek! hahaha. Mungkin bermaksud saya bukanlah seorang yang pemilih? hahahahaha. Mungkin juga masa itu fikiran masih kebudak-budakan? Tidak pasti. Kalau difikirkan kembali, ada sesetengah ciri-ciri yang masih relevan. (pada pendapat saya la~) Macam poin selesa. Diakui, saya senang selesa dengan orang disekeliling saya. Tapi kalau dengan BF, macam selalu rasa tidak selesa? Pelik! Macam mana saya boleh rasa tidak selesa, dan macam mana dia boleh menjadi BF saya? Terlalu complicated! :P Tinggi tu masih lagi dalam senarai. Tidak gemuk pun masih boleh diterima pakai, tapi tidak berapa relevan. Sebab kalau hati sudah sayang, susah la mau cakap.:p
Sekarang saya bukan pelajar sekolah menengah. Sudah meningkat dewasa, tetapi mungkin belum matang dalam membuat pertimbangan. Selalu perasaan mengatasi fikiran? Mungkin tidak, sebab saya selalu menghadapi konflik antara fikiran dan perasaan. Saya pasti semua pun ada konflik macam tu kan? Sekarang tiada masa mahu memikirkan tentang BF, sebab hubungan yang lebih serius menjadi pertimbangan. Kekecewaan pada masa lalu mungkin memberi impak yang hebat dalam hidup seseorang. Perasaan ini sangat subjektif, kadang kala kita menyukai seseorang disebabkan mutu fizikal mereka. Ada yang menyukai seseorang disebabkan sifat dan sebagainya. Tidak lama lagi saya akan mencecah 21tahun, saya berharap saya akan menemui seseorang yang boleh menjadi bakal suami dan bukan sekadar BF. BF bukan lagi menjadi persoalan, tetapi seseorang yang mampu menjadi suami yang diutamakan.
No comments:
Post a Comment