♥♥Just about what I have gone through every day... So it will remind me of my life path up until now... I want to express it with words... My small brain can’t afford to keep it all... The language may 'Campur2' because it’s my diary after all... who will cares anyway??? XD♥♥

♥♥Life not always happen like you have planned.. Everyday there will be surprises happening in your life.. Treasure it.. Appreciate it.. It may not always happen.. And maybe will not happen again..♥♥


Daisypath Friendship tickers

Thursday, May 31, 2012

terus dari hati dan minda polos

Hurm.. Ini bukan keluhan, tapi sekadar nukilan sebelum melayari malam. Menyedari apa yang diingankan, berusaha mencapai impian. Walau hidup penuh dengan cabaran, berpeganglah kepada kepercayaan. Sesungguhnya kepercayaan tidak akan menghampakan sekiranya diletakkan pada tempat yang sepatutnya. Yakinlah pada setiap permulaan itu adalah satu langkah yang penting, perjalanan itu satu cabaran yang mendewasakan dan pengakhiran itu ada iktibar. Walau jatuh tersungkur pada hari ini, terimalah kenyataan, kumpulkan kekuatan untuk bermula kembali dengan tenaga yang baru. Hidup tidak sentiasa indah kerana ia bagaikan roda yang berputar. Ada masa kau kemudi dan ada ketika kau terpaksa mengharungi jalan yang berduri. Mungkin kau menangis pada hari ini, namun kau sentiasa boleh mengukir senyum untuk menghadapi menenangkan diri. Berhenti mengeluh dan kerahkan minda dan tenaga untuk mencari alternatif. Bumi ini luas dan penuh dengan cara untuk membaiki diri. Lihat, pandang, dengar dan selami ruang minda. Yakin pada diri, percaya pada usaha dan tangani dengan akal fikiran yang waras dan hati yang terbuka. Jalan tidak selalunya lurus, pintu tidak semestinya terbuka. Namun, jalan akan sentiasa ada, pintu juga boleh dibuka.

P/S: hanya membiarkan jari jemari menaip nukilan yang terus dari hati dan minda yang mengemudi.

Tuesday, May 29, 2012

boring-boring

Sekarang sedang menikmati makan malam dalam Malam Anugerah Sukan. Hurm, nikmat lah kalau makan percuma. Hahahahaha. Nda rugi juga jadi kapten la kalau begini. Kekekekeke.pergh, kalau terfikir pasal kerja-kerja dia,mmg sakit juga la. Kecewa ni. Tahun ni teda milo free. Hahahahahaha. Sebenarnya rasa terkilan sikit, sukan kami teda masuk dalam sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia,MASUM. Tapi ada sukan IPT nanti bulan oktober. (Haish, part latihan ni yang bikin banci. :p nevermind.

P/S: haish, boring. Malas suda mau menaip! Bye! Sepatutnya saya bawa buku cerita tadi. Dem! ==

saja ja

pagi2 buta ni memang mau tidur suda, kejapppp lagi. Sebelum tu mau kongsi dulu. Saya rasa gembira sebab saya sudah menemui apa yang saya mau capai dalam hidup. Apa yang saya mau buat, apa yang saya mau capai. So pasal tu saya rasa happy. Saya ada tujuan dan impian untuk dicapai. Nda la cakap sebelum ni tiada, tapi kabur2 ba. Hahahahaha. Saya akan berusaha! Saya akan mengekalkan semangat ni! Ini adalah cabaran baru untuk diri. Saya pasti boleh buat. Go for it!

P/S: semakin lama, 'in a relationship' bukan lagi keutamaan. Mungkin level of ignorant akan meningkat, mungkin juga hati yang karas buli jadi lembut. Hahahaha. (Kalau mau tetidur suda, mmg sewel2 suda) selamat tidur! ;)

Saturday, May 26, 2012

kadang-kadang

Kadang-kadang (selalu start dengan kadang-kadang,uncertainty is me) saya bertanya,kenapa saya tidak macam dia? Kenapa saya begini? Mcm soalan bodoh2 kan? Tapi inilah dunia sebenar.. Saya tidak tau la orang lain,tapi saya terfikir juga,bukan selalu,kadang-kadang seja. Lepas tu ko rasa down berabis,frust pun ada,kecewa,mcm2 la ba. Tapi tidak lama la, sebab saya mesti cari jalan untuk kasi ceria diri sendiri.

"If people feel down, cheer them up. If you feel down,cheer yourself up",tagline kegemaran saya. Sebab sandi juga ba kalau down lama-lama. Ko ingat orang mo kisah ka? Simpan angan-angan kosong,bangun dr mimpi-mimpi indah! Mungkin ni hari ada kawan atau keluarga yg kasi happy kamu. Bukan semua orang boleh hidup selama-lamanya. In the end,you were born alone (kalau twin pun bukannya sama timing), you die alone. So? Pandai-pandai la pikir sendiri.

Saya ingat lagi,dulu saya selalu rasa sedih dengan keadaan diri saya. Rasa sangat malang. Sampai tahap depresi melampau. Macam bermasalah betul kan? Tapi masa itu guru kehidupan,buka mata,buka minda,buka hati. Pasti ada ruang untuk lebih dewasa. Masa berlalu dan itu semua tinggal sejarah. Mungkin sebab ini saya suka subjek sejarah. Sejarah yg menjadi asas kepada kehidupan,tapi sejarah tetap sejarah. Tidak boleh diubah. Tapi,masa depan itu penuh dengan kejutan. Perkara atau kejadian yang menghalang kita maju kehadapan boleh membantu kita maju. Keindahan sesuatu perkara ialah terdapat kebaikkan dan keburukkan pada masa yg sama. Keseimbangan alam. "Manage your expectation, handle your dissappoinment."

Saya rasa saya alone, tapi bila difikir balik,saya ni sebenarnya sangat bertuah. Saya mungkin tiada keluarga yg kaya,tiada keluarga yg sempurna,selalu kena kasi tinggal2,dan macam2 lagila (saya mmg kaki komplen). Saya bertuah sebuah kehidupan yg orang lain tiada. Saya mungkin tidak rasa apa yg ko rasa,tapi ko pun sama juga. Kan? Jadi? Bolehla ba tu buat sebab ko bersyukur kan? Ko belajar perkara dalam hidup,orang lain pun belajar juga. Balance la tu. Apa yg ko ada dengan apa yg dia ada berbeza,ada kebaikkan dan keburukkan. "Nobody knows everything, we all learning."

P/S: banyak pula saya kasi selit quote kan? Ni smua adala daripada orang lain yg ada pengalaman hidup yg lebih banyak dr saya,diorang melalui mcm2 perkara yang saya rasa saya mungkin tidak akan lalui,belajar. Keindahan pengalaman, sentiasa berlainan, bergantung bagaimana ko mau gunakan. "What's best for for you, might be worst for you." Dan sekali lagi, lihatlah daripada perspektif yg berbeza-beza.Chiao~ ;)

straight to the point

kadang-kadang tertanya. Adakah ini satu anugerah atau satu sumpahan diri. Adakah ini perlu dikekalkan atau perlu diubah? Ingin menjadi diri sendiri ka mau jaga hati orang? Kejam ka saya kalau niat saya hanya mahu bersikap jujur?

P/S: maybe I can be more flexible bout it? I just can't find any definite solution bout it. I hate uncertainty, I hate wondering, I hate lies hypocrite. But I do feel that I'm moving towards it. *sigh*

Thursday, May 24, 2012

mengantuk..@.@

Mengantuk!!!! >.< Mata terasa sangat berat. Fikiran tidak boleh fokus. Mungkin disebabkan oleh penangan nasi lemak kerang yg ausem tadi. Mungkin juga pasal tidak cukup tidur. So, untuk mengelakkan diri memancing dalam kelas, buat ala entri blog. Memangla fikran melayang2, tapi ini saja pilihan yg yg ada. Mata mmh hampir2 tutup suda. Mo tidur dah ni.. (Tersengguk2, pandangan kabur) ==

Hari ni mo cerita pasal apa..hurm..owh! I found another thing to do beside updating blog! baca buku! Xhabis lagi buku saya.== [Umar Al-Khattab, Reformis 5unia Islam*

limpang2..

Sangat boring. Ada kelas jam8 pagi. Sekarang sedang berbaring malas kekenyangan. Mau tidur belum cuci muka,cuci kaki. Sehari sudah berlalu lagi,banyak yg berlaku kemarin. Menguji kesabaran dan perasaan. Terasa mau marah org, terasa mau memaki, terasa mau pukul2 org, terasa mau teriak dia, terasa mau meraung2 tekanan. Tapi rasanay selamat juga la, tiada yg menjadi mangsa maki hamun dan caci maki cerca kejian. Roomate sedang tidur dengan aman peluk patung dia yg comel(alolololol) hahahahaahahahah. Baru balik bilik ni, tadi diskasyen dengan kawan2. Kan bagus kalau bawa berbincang, senang siap kerja. Dan seperti biasa, saya la tukang kritik hebat! == saya ni ada bakat menjadi pengkritik kejam tiada perasaan, hati batu, hati buta, mulut cakap lepas. (Kejam terhadap diri sendiri) haahahahahahaha. Tapi siapa juga peduli kan?

P/S: mata semakin berat, cepat cuci kaki cuci muka! ;)