♥♥Just about what I have gone through every day... So it will remind me of my life path up until now... I want to express it with words... My small brain can’t afford to keep it all... The language may 'Campur2' because it’s my diary after all... who will cares anyway??? XD♥♥

♥♥Life not always happen like you have planned.. Everyday there will be surprises happening in your life.. Treasure it.. Appreciate it.. It may not always happen.. And maybe will not happen again..♥♥


Daisypath Friendship tickers

Thursday, August 11, 2016

Pokemon-Go

Baru-baru ni, heboh semua dengan Pokemon-Go. 

Aku bukannya anti atau pro benda ni. Cuma aku rasa aku dah puas main dulu. Dulu-dulu habis rabak dompet semata-mata nak kumpul sticker bermacam-macam jenis. 

Kira macam ala-ala kitab gitu. Gigih usung ke hulu ke hilir. Nak lekat pun kemain cermat lagi. Takut nanti tak valid masa nak redeem. Hahahaha

Kepada semua yang gigih main Pokemon-Go tu, mohon berhati-hati. Jangan tak tengok jalan, jangan menyusahkan orang lain dan mohon jangan bash orang yang tak main. Tak payah nak gaduh atau bermasam muka dengan member yang lagi terer. Semoga berjaya menjadi Pokemon master dan semoga bermanfaat pada diri sendiri.

Setakat ni aku memang tak main lagi. Dah puas kot mengabdikan diri kumpul sticker dulu. So, tak payah nak heret aku ke dalam kancah korang. Aku memang tak ada hobi yang best selain tido. Dan kalau aku nak pickup hobi, bukan dengan main Pokemon-Go kot.

Selamat malam dan salam sayang daripada Jiggly Puff. ❤️




No comments:

Post a Comment