♥♥Just about what I have gone through every day... So it will remind me of my life path up until now... I want to express it with words... My small brain can’t afford to keep it all... The language may 'Campur2' because it’s my diary after all... who will cares anyway??? XD♥♥

♥♥Life not always happen like you have planned.. Everyday there will be surprises happening in your life.. Treasure it.. Appreciate it.. It may not always happen.. And maybe will not happen again..♥♥


Daisypath Friendship tickers

Saturday, July 16, 2016

Mencari Diri

Dan bila kau meletakkan diri dalam keadaan untuk memahami diri.

Siapa aku? Apa matlamat aku? Apa fungsi aku dalam dunia? 

Soalan yang selalu memenuhi kotak pemikiran. Akan ada masa kau rasa sesuatu itu adalah matlamat kau dalam hidup dan kau ingin mencapainya. Dalam keadaan itu, kau harus melakukan perkara yang kau percaya dapat mencapai matlamat yang kau temui. Dengan melakukan perkara-perkara itu, kau akan temui pelbagai perkara yang akan mendorong atau membantutkan matlamat kau. Kau harus percaya, setiap perkara itu perlu untuk kau mencapai matlamat yang kau sasarkan dan jika kau kecundang, matlamat kau pasti akan lebih jelas. 

Apa yang aku perlukan ketika ini? Matlamat yang jelas dan cara yang lebih fleksibel. Itu adalah ideal pemikiran. Otak kita amat menarik kerana ia akan bertindak berdasarkan pemahaman dan pengalaman secara sedar atau separa sedar. 

Semoga pemahaman meningkat seiring dengan pengalaman yang dilalui. Wahai diri, yakinlah bahawa kau bukan ciptaan yang sia-sia di dalam dunia ini. 

-pinkpink-

No comments:

Post a Comment