Dekat pukul 1 pagi suda. Tekanan juga lah sikit. Bos suruh buat blog post. sangat ironi kan? tekanan kena suruh buat blog post tapi menaip blog post sekarang. kalau sekadar mau menulis cincai-cincai boleh la. mana la saya pandai buat untuk mau menarik gadis-gadis muda ni.
terfikir tiba-tiba. apa la saya fikir masa saya terima ni kerja. sedangkan saya paham yang saya memang langsung tiada pemahaman macamana cara perempuan berfikir. fesyen? memang out. topik? tidak tau. isu semasa? tidur memanjang. trend remaja? terasa betul macam saya ni terkurung dalam tempurung.
komon! selagi tidak mengancam nyawa sendiri, mesti boleh buat. boleh lagi ni.
p/s: memang selalu suka cari pasal dengan diri sendiri kan? otak nda cukup serabut lagi, kasi serabut sendiri.
No comments:
Post a Comment