♥♥Just about what I have gone through every day... So it will remind me of my life path up until now... I want to express it with words... My small brain can’t afford to keep it all... The language may 'Campur2' because it’s my diary after all... who will cares anyway??? XD♥♥

♥♥Life not always happen like you have planned.. Everyday there will be surprises happening in your life.. Treasure it.. Appreciate it.. It may not always happen.. And maybe will not happen again..♥♥


Daisypath Friendship tickers

Saturday, July 27, 2013

Sejenak

Selamat malam.

Tulisan malam ini sekadar mengisi masa yang terluang. Berbaring malas mendengar lagu yang menenangkan jiwa. *mama mengemas-ngemas, adik bertrip main kamera*

Genap 3 minggu berada di rumah. Asal terjumpa mak cik dan pak cik, semua sibuk bertanya.

"ko masih sekolah kaitu?"
"Dimana ko kerja skrg?"
"Ko masih lagi d kl"
(hakikat belajar di penang tapi malas mo kasi betul, tanah semenanjung tu kl seja yang ada kali.==)

Semua di jawab senyuman dan penjelasan saja. Nasib baik tidak di tanya soalan yang paling di geruni anak muda. (Bila ko mau kawin) Kalau dapat soalan begini, memang jawab dengan senyuman saja. Titik.

Sudah berfikir lama. Apa arah tuju selepas ini. Cari kerja di Sabah atau cari kerja di luar Sabah. Malas mau bincang kebaikkan dan keburukkan, nanti sakit hati sebab tiada kata putus dapat di capai. Besok harus mula mencari pekerjaan. Susah mahu mencari pekerjaan, risau tidak berkenaan dan menjana sakit hati. Tapi hidup harus diteruskan, isu kerja tidak boleh di abaikan. Mahu merangka mada hadapan, tapi sangat risau masa hadapan. Macam mana mahu melangkah ke hadapan? Sedar akan kelemahan diri yang di selubungi fikiran negatif. Terlalu risau sehingga tersekat lama di satu titik. 

Masa berada di rumah kurang daripada 2 minggu sahaja. Ini masa yang genting dalam membuat keputusan untuk meneruskan kehidupan.

P/S: komon Esther. Masa tidak selamanya akan menunggu. Langkah pertama harus di mulakan. Jangan ragu-ragu. 

No comments:

Post a Comment