♥♥Just about what I have gone through every day... So it will remind me of my life path up until now... I want to express it with words... My small brain can’t afford to keep it all... The language may 'Campur2' because it’s my diary after all... who will cares anyway??? XD♥♥

♥♥Life not always happen like you have planned.. Everyday there will be surprises happening in your life.. Treasure it.. Appreciate it.. It may not always happen.. And maybe will not happen again..♥♥


Daisypath Friendship tickers

Tuesday, December 29, 2015

Terima kasih 2015. Selamat datang 2016.

Detik-detik akhir tahun 2015.

Tahun yang penuh dengan kejutan dan cabaran. Umur mencecah suku abad. Mengakhiri dan memulakan sesuatu yang baru. Pada yang diakhiri, terima kasih di atas kesempatan dan pengalaman yang diberikan. Pada yang dimulakan, marilah bersama-sama meneruskan langkah dan rangka haluan untuk masa hadapan.

Hidup ini bukan indah senantiasa, juga bukan tangisan semata. Walau ada ketika hiba sayu menerpa namun bersyukur pada senyuman dan kekuatan yang diberikan untuk menghadapi hari mendatang. Cabaran hari ini akan menjadi pengalaman dalam mengenali dan memahami erti hidup. 


pinkpink
29 Disember 2015

Monday, October 26, 2015

Monday Discomfort

Hello! How's life? Does it treating you good? Bad? Fair? For me, life has been good so far. Except for the proneness of getting sick almost every other day. Basically I'm still the easily fatigued, exhausted, annoyed and don't really think much. Apa from that, I'm quite blessed with the people and environment around me. After a long day from work, it feel comforting to go back to this 'quarter-of-my-income' room. Expensive? Well, thats the cost of comfortable. At least I got somewhere nice to go back to right?

Currently in a quite stressful situation. Stomach discomfort since this morning. Its getting annoying but worrying at the same time. Especially when you have this past record having 'because-you-fucked-up' with your body sickness. Lets hope its not that serious. Maybe because of the age factor. Sad to admit but somehow I got sick quite frequently nowadays. Just now I was laying at the couch and its so comfortable that it soothes the pain. I almost fall asleep then got through it after awhile. And now lying on my bed made the pain worse. I'm totally screwed up in this way. The pain is so bothering that you hope crying will ease it but its not even to the point will make you cry. What you can do? Playing a song in repeat to distract your pain. The funny part? Its quite a sad song. 

Too Serious Too Soon - Gareth Gates

Seems like my brain rejecting all kind of thinking activity even to express any words that wondering there to resist the stomach discomfort. Now I'm really annoyed to the point I would cut out this stomach literally. #annoyed

Saturday, September 19, 2015

Sabtu Biru

Hari bermalasan. Oh yeah. Apa rancangan untuk hari ini?

1. Keluar dengan Afni. Ok, ini sudah janji. Tunggu dia bangun seja la. Cepat la bangun, mereput juga dalam bilik ni.

2. Sementara tunggu dia bangun, bergolek-golek di katil daripada jam 8.30 tadi. Awal bangun kan? Bukannya susah pun. Hehehe

3. Belum terasa mo mandi sebab kalau sudah mandi nanti lapar. Hahahaha. 

4. Mungkin boleh start baca buku yang dalam kotak. Banyak lagi tu belum baca, masih dalam plastik. Lepas tu ada hati lagi mo beli buku baru, buruk perangai betul.

5. Dengar lagu, tengok Youtube, skrol Facebook, main game, merepek dalam blog. Agak mudah juga idea itu. 

6. Paling sandi? Tiba-tibq rasa mengantuk. Aiyo. Awal ba tidur smalam, belum lagi jam 1 pun.

7. Ahhhhhh. Tidur la kijap..

Friday, September 18, 2015

Sebulan berlalu

Genap sebulan memulakan kehidupan baru. Bagaimana kehidupan setakat ini? Menarik. Gembira dan puas hati.

Kerja? Masih terkial-kial, banyak teguran tapi sangat membina. Mungkin ini permulaan bagi sesuatu yang hebat pada masa akan datang. Terima kasih atas keperitan lampau yang memberikan kekuatan untuk menghadapi cabaran ini dan penderitaan yang memaksa diri untuk membuat keputusan drastik untuk memulakan kehidupan baru. Bukan sifat diri untuk mengalah kerana  kesusahan yang melanda. Itu sangat perit. Untuk melepaskan perjuangan bagi memperbaiki diri dan memulakan sesuatu yang baru agar diri bertambah baik dari semasa ke semasa.  Semoga diri akan kuat menghadapi cabaran yang mendatang.

Perhubungan? Bagi memulakan hubungan yang baru, ucapkan selamat tinggal kepada perhubungan yang lama. Kamu boleh kata yang diri telah berputus asa. Adakah salah untuk berputus asa? Mungkin kamu lupa, sesetengah perkara dalam kehidupan perlu dilepaskan untuk terus maju kehadapan. Perkara yang bermakna dan berbaloi perlu dipertahankan, diperjuangkan dan diberi kepercayaan. Yakin dan percaya, teruskan perjuangan. Diri tidak berputus asa, diri cuma memberi peluang untuk mendapatkan sesuatu yang lebih bermakna dan berbaloi dipertahankan. Beri peluang, beri usaha, beri kepercayaan dan beri yang terbaik. Doakan yang terbaik, berikan yang terbaik, usaha sebaik mungkin.

Rakan-rakan? Yang sedia ada masih perlu diperbaiki dan masih banyak perkara yang boleh dilakukan untuk menjadikan semua lebih baik daripada sebelum ini. Sesiapa yang masih bertahan dan berkawan, terima kasih rakan-rakan. Kenalan baru? Mungkin bukan pilihan utama setakat ini. Peringatan kepada orang baru, diri ini mungkin agak berterabur dan agak bermasalah untuk dijadikan kawan tapi sekiranya anda mampu bertahan dan menerima diri seadanya, usaha anda tidak akan sia-sia. Saya sangat menghargai kesetiaan dan keterbukaan. Selamat berkenalan.

Selamat malam, sekian setakat ini.


Tuesday, August 11, 2015

Kehidupan Baru

Bakal memulakan kehidupan di tempat baru. Tempat tinggal baru. Kerja baru. Orang-orang baru. Tiba masa untuk meletakkan keutamaan pada masa hadapan. 

Kepada kehidupan masa lalu, terima kasih di atas pengalaman yang diberikan. Pengalaman gembira, terima kasih diatas kegembiraan yang mewarnai hari-hari. Pengalaman pahit, terima kasih diatas usaha untuk mendewasakan diri. Semoga kehidupan yang bakal bermula dapat ditempuhi dengan semangat daripada pengalaman lalu.

Kepada insan-insan yang pernah menjadi sebahagian daripada kehidupan lepas, semoga anda semua beroleh kebahagian dan ketenangan. Terima kasih diatas semua kenangan yang kita pernah lalui bersama, ia akan kekal menjadi sebahagian daripada diri. Maafkan diri sekiranya tidak pernah menghargai dan pernah menyakiti perasaan anda, mohon kemaafan dari hati. Sesiapa yang masih  kekal menjadi watak dalam kehidupan baru, saya akan berusaha untuk lebih menghargai anda. 

Saya akan menjadi manusia yang lebih kuat, lebih menghargai, lebih memahami dan lebih dewasa. Saya tidak akan mensia-siakan kehidupan baru yang saya akan mulakan. Cerita saya belum tamat, saya akan terus maju dan kembangkan cerita kehidupan saya ini. Saya juga akan lebih bertanggungjawab pada setiap keputusan yang saya lakukan. Semoga tuhan akan terus memberi saya kekuatan dan memberi petunjuk untuk saya meneruskan kehidupan. 

P/S: kadang-kadang saya rasa sedih dengan apa yang saya telah lakukan pada diri sendiri. saya kurang menghargai diri sendiri, saya lupa pada perkara-perkara  yang penting dalam hidup saya. Maafkan saya sekiranya saya mempunyai salah dan silap.

Awak

Hai awak. Pertama sekali, kita ingin ucap terima kasih kat awak. Awak mungkin takkan baca apa yang kita tulis ni, memang kita tak nak bagi awak baca pun. hahaha. 

Terima kasih kat awak sebab awak kita ada semangat kembali nak hidup setiap hari. Mungkin awak tak tahu. Tapi kita sentiasa hargai masa kita bersembang dengan awak. Kita sembang banyak perkara dengan awak. Kita bersyukur sebab tuhan bagi peluang kat kita untuk jumpa dengan awak. Tuhan masih sayangkan kita. Yeah. 


Saturday, August 8, 2015

Perjalanan mencari jawapan

Dalam bas menuju ke Pulau Pinang.

Seorang rakan mengajak ke Pulau Pinang, namun tidak mampu membuat keputusan sehingga petang tadi. Memang sudah lama berhasrat ke Pulau Pinang, lebih-lebih lagi selepas bergelar penganggur. Selama sebulan bergelar penganggur, minggu depan akan bermula kehidupan di tempat tinggal dan tempat kerja baru. 

Perjalanan kali ini bukan sekadar jemputan rakan tetapi lebih kepada muhasabah diri. Terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan dan ada beberapa keputusan yang perlu dibuat. Krisis perasaan dan fikiran. Ini keputusan yang agak sukar. Pertaruhan yang agak berat. Semoga perjalanan ini mampu memberi sinar dan kekuatan untuk membuat keputusan.

P/S: lembaran baru bakal bermula. Apa pembaharuan dan perubahan yang akan dilakukan? Bagaimana cerita kehidupan yang akan dijalani? Watak utama masih aku. Namun siapakah yang akan terus bersama dalam cerita ini?